Khamis, 14 Februari 2019 | 12:02pm
SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres. - Foto AFP
SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres. - Foto AFP

PBB setuju penukaran nama Macedonia

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres, menerima maklumat rasmi daripada kerajaan Macedonia untuk menukar nama negara Balkan itu kepada Republik Macedonia Utara.

Semalam, Guterres menyambut baik perkembangan yang menamatkan perbalahan beberapa abad antara Greece dan Macedonia berhubung nama negara Balkan itu.

Di PBB, negara itu dikenali sebagai Republik Macedonia Bekas Yugoslavia (FYROM) kerana Greece menolak penggunaan Macedonia, nama yang digunakan untuk wilayah utara negara itu.

Dalam kenyataannya, Guterres memuji pemimpin kedua-dua negara kerana ‘visi masa hadapan’ dan menggesa pertubuhan serantau dan rakan antarabangsa menyokong langkah bersejarah itu.

Katanya, penyelesaian itu menunjukkan isu yang sukar dikawal boleh diselesaikan menerusi dialog dan semangat politik.

Perbalahan selama 27 tahun itu diselesaikan pada Jun lalu dalam rundingan anjuran PBB. — AFP

Berita Harian X