Rabu, 21 April 2021 | 10:30am
Jumlah angka kematian nahas kereta api yang tergelincir di sebuah bandar di utara Kaherah, meningkat kepada 23 orang. - Foto EPA
Jumlah angka kematian nahas kereta api yang tergelincir di sebuah bandar di utara Kaherah, meningkat kepada 23 orang. - Foto EPA

Angka kematian nahas kereta api meningkat 23 orang

KAHERAH: Angka kematian dalam nahas kereta api yang tergelincir di sebuah bandar di utara Kaherah, meningkat kepada 23 orang, lapor agensi berita Xinhua memetik laman web rasmi Ahram Online, semalam.

Kemalangan itu berlaku ketika empat gerabak kereta api yang dalam perjalanan dari Kaherah ke Kota Mansoura Delta, itu tergelincir di bandar Toukh pada hari Ahad.

Pihak pendakwa raya Mesir sudah mengarahkan penahanan seramai 23 orang, termasuk pemandu kereta api, pembantu pemerhati penyelenggaraan di lokasi nahas serta yang lain untuk siasatan lanjut berhubung kemalangan itu.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Mesir, Kamel al-Wazir memecat Ketua Pengerusi Kereta Api Nasional (NRA) milik negara.

Orang ramai melewati bangkai kereta api yang terbalik di tempat kejadian kemalangan kereta api di kota Toukh di provinsi Qileubiya, Delta Nil tengah Mesir, Mesir, Ahad lalu. - Foto AFP
Orang ramai melewati bangkai kereta api yang terbalik di tempat kejadian kemalangan kereta api di kota Toukh di provinsi Qileubiya, Delta Nil tengah Mesir, Mesir, Ahad lalu. - Foto AFP

Kemalangan kereta api yang berlaku di Mesir kebanyakannya disalahkan ke atas infrastruktur, penyelenggaraan, kesalahan manusia dan kecuaian yang buruk.

Pada 26 Mac lalu, sekurang-kurangnya 20 orang mati dan hampir 200 cedera dalam nahas dua kereta api di selatan Mesir.

Kemalangan kereta api paling terburuk di Mesir berlaku pada tahun 2003 menyebabkan lebih 300 orang maut. - BERNAMA

Orang ramai berkumpul berhampiran kereta api penumpang yang tergelincir di Toukh, Al Qalyubia Governorate, utara Kaherah, Mesir, Ahad lalu. - Foto EPA
Orang ramai berkumpul berhampiran kereta api penumpang yang tergelincir di Toukh, Al Qalyubia Governorate, utara Kaherah, Mesir, Ahad lalu. - Foto EPA

Berita Harian X