Isnin, 7 March 2022 | 4:32pm
Nadia dan Azizul yang menerima award The BrandLaureate World Halal Bestbrands Awards 2022, pada 24 Februari di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.
Nadia dan Azizul yang menerima award The BrandLaureate World Halal Bestbrands Awards 2022, pada 24 Februari di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Calift Gold tawar produk rawatan alternatif semulajadi, halal

KUALA LUMPUR: Dari kerjaya yang stabil sebagai seorang peguam, pengusaha produk Calift Gold, Nor Nabiha Nadia Ismail mengambil keputusan untuk meletak jawatan.

Beliau yang menyokong minat suaminya Mohd Azizul Mohd Esa, dalam bidang perniagaan mengusahakan perniagaan sejak 2016.

Anak kelahiran Johor itu kini boleh menarik nafas lega setelah berjaya mendapatkan untung purata sebanyak RM5 juta tahun lalu mahu meningkatkan keuntungan jualan kepada 15 juta bagi tahun ini.

Nadia dan Azizul yang menerima award The BrandLaureate World Halal Bestbrands Awards 2022, pada 24 Februari di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur merasakan berbaloi pengiktirafan itu dengan penat lelah serta usaha yang diberikan selama ini.

Produk keluaran 100 peratus Bumiputera itu berasaskan susu kambing bagi memberi manfaat serta membantu pengguna yang mengalami sakit sendi serta lutut.

Ia adalah satu-satunya produk keluaran syarikatnya Calift Group Sdn Bhd dan menambah alat sokongan lutut sebagai tambahan produk jualan.

"Pengguna yang takut dengan produk berasaskan ubat-ubatan dan bahan kimia, kini boleh memilih Calift Gold kerana ia di formulasikan 100 peratus daripada bahan semula jadi seperti buah delima, madu asli, daun stevia, kurma, gam arabika," kata Azizul dalam satu kenyataan.

Menurut Azizul, produk Calift Gold telah memasuki pasaran Singapura sejak 2019 dan mahu melahirkan lebih ramai jutawan dengan perniagaan ini.

Pengalaman Azizul dalam pengeluaran makanan digunakan sebaiknya bagi melahirkan produk berasaskan susu kambing.

Mengakui berdepan cabaran berdasarkan cabang ilmu yang tidak sama serta kurang pengalaman dalam bidang perniagaan memandangkan Nadia, bekas peguam jenayah serta pernah memiliki Firmanya sendiri manakala Azizul adalah Pengurus di sebuah syarikat di Singapura.

Namun cabaran itu di atasi sebaiknya menerusi bimbingan mentor dan kursus perniagaan yang di ambil mereka.

Mengakui pandemic covid 19 telkah meletakkan jurang ekonomi yang mencabar, Nadia mahu lebih ramai yang terkesan untuk mendapatkan pendapatan tambahan menerusi program kongsi rezeki Usahawan Calift.

Beliau turut mensasarkan 30,000 individu dapat dibantu tahun ini.

Berita Harian X