Isnin, 20 Disember 2021 | 3:58pm
Datuk Leong Sir Ley, Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International bersama pereka fesyen tempatan pada acara Met Gala Malaysia 2021.
Datuk Leong Sir Ley, Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International bersama pereka fesyen tempatan pada acara Met Gala Malaysia 2021.

Malam fesyen pereka terkenal di Met Gala Malaysia

MELAKA: Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan menjadikan Melaka sebagai pusat kecemerlangan fesyen, pemaju hartanah dan pakar pelancongan hartanah yang memenangi anugerah, Sheng Tai International Sdn Bhd bersama dengan Bill Keith, pereka fesyen terkemuka Malaysia menganjurkan Met Gala Malaysia (MGM) 2021.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, malam fesyen terbesar di wilayah Selatan ini diadakan di The Moonbar, Ames Hotel, Melaka, dengan latar belakang bandar Melaka yang ikonik.

Acara itu menampilkan karya agung yang inovatif, berani dan glamor daripada Bill Keith dan 25pereka fesyen muda dan bakal menyerlah tempatan. Tetamu turut disajikan dengan persembahan memukau oleh Poova.

Pengasas dan Pengerusi Sheng Tai International, Datuk Leong Sir Ley, berkata Met Gala Malaysia pertama anjuran Sheng Tai International berlangsung dengan jayanya.

"Maklum balas yang kami terima sehingga kini adalah cukup memberangsangkan. Terima kasih kepada sokongan Bill Keith dan industri fesyen tempatan," katanya.

Kata beliau, Met Gala Malaysia bertujuan menyediakan platform untuk pereka fesyen muda memperagakan bakat mereka.

"Menerusi perkongsian kami dengan FashionTV dari Paris, kami percaya akan ada lebih banyak peluang untuk bakat tempatan kita, sama ada model, pempengaruh atau pereka fesyen, untuk bersinar di arena antarabangsa.

"Seramai 25 pereka fesyen tempatan hari ini juga akan mempamerkan rekaan karya agung malam ini di Straits Designer Gallery, Metrasquare yang dijadual dibuka pada suku pertama 2022. Galeri kedua akan dibuka di The Sail Melaka apabila siap sepenuhnya kelak," katanya.

Galeri itu, katanya, adalah sebahagian daripada komitmen kami untuk mengangkat Melaka menjadi ibu kota fesyen seperti

Milan.

"Melangkah ke hadapan, Sheng Tai International akan terus mewujudkan peluang seperti itu bagi mengenengahkan bakat-bakat tempatan kita, dan seterusnya melonjakkan ekonomi negara,'' tambah Leong.

Metrasquare adalah pembangunan komersial seluas 2.42 hektar merangkumi komponen kediaman dinamakan Metrasquare Serviced Suites, sebuah hotel premium tiga bintang dinamakan Hotel Metrasquare, sebuah hotel lima bintang iaitu Ames Hotel dengan kedai runcit, fasiliti mesyuarat dan persidangan, kemudahan F&B, serta galeri sejarah Melaka dan ruang sosial seni.

Terletak hanya 5 minit pemanduan dari tol Keroh toll melalui Lebuh raya Utara-Selatan, Metraquare juga berdekatan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), pejabat kerajaan; Taman Burung Melaka; Taman Tema Wonderland; Planetarium Melaka dan Muzium Lebah Dunia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Straits Designer Gallery, sila hubungi Sheng Tai International di talian +6011 3737 3399 atau lawat laman Facebook kami @ShengTaiInternational.

Berita Harian X