Jumaat, 19 Ogos 2022 | 1:03pm
Celcom Business Tech Week diadakan di ibu pejabat Celcom, @celcom Petaling Jaya bermula 18 hingga 26 Ogos 2022 - Foto ihsan Celcom
Celcom Business Tech Week diadakan di ibu pejabat Celcom, @celcom Petaling Jaya bermula 18 hingga 26 Ogos 2022 - Foto ihsan Celcom

Celcom kongsi inovasi teknologi taraf dunia untuk perniagaan

PETALING JAYA: Celcom Axiata Bhd (Celcom) memperluaskan capaian digital bagi memenuhi permintaan seluruh organisasi di negara ini dengan memperkenalkan inovasi teknologi dan perkhidmatan bertaraf dunia melalui ekosistem penyelesaian, yang terus menyokong aspirasi ekonomi digital negara.

Bermula 18 hingga 26 Ogos 2022, ibu pejabat Celcom, @celcom di sini dibuka kepada pemilik perniagaan, perusahaan serta pegawai sektor awam untuk mengalami dan membiasakan diri dengan penyelesaian digital yang berpotensi untuk organisasi mereka.

Kempen bertujuan untuk menyokong dan mempercepatkan penggunaan digital dalam kalangan perniagaan tempatan bagi memacu operasi harian, produktiviti dan memastikan kemampanan perniagaan.

Ketua Pegawai Operasi & Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Celcom, Afizulazha Abdullah, berkata memandangkan negara sedang berkembang pesat ke arah pendigitalan, Celcom sebagai peserta industri utama berusaha untuk memastikan perusahaan dilengkapi dengan penyelesaian teknologi yang terkini bagi perniagaan

Beliau berkata, kebanyakan organisasi sama ada kecil atau besar sedar akan kepentingan untuk memperkasa perniagaan mereka secara digital dalam ekosistem digital pada hari ini, tetapi keberangkalian tidak tahu mengenai teknologi dan penyelesaian terkini di pasaran.

"Celcom Business Tech Week menangani cabaran yang biasa dihadapi dengan menerapkan solusi teknologi ke dalam perniagaan mereka. Bagi mengikuti perubahan yang terkini, setiap organisasi memerlukan rakan kongsi yang bukan sahaja dapat memastikan mereka bergerak tetapi juga memberi inspirasi untuk berkembang dengan lebih maju.

"Celcom akan terus menjadi penyedia perkhidmatan yang boleh dipercayai bagi pelanggan kami, dengan menyediakan liputan terluas serta prestasi rangkaian yang konsisten. Kami ingin menjemput

pemilik perniagaan, perusahaan dan pegawai sektor awam untuk mengalami sendiri teknologi inovatif dan penyelesaian digital terkini yang bakal memainkan peranan penting dalam mempercepatkan

pertumbuhan perniagaan, serta memacu kemajuan negara," katanya dalam satu kenyataan.

Disokong oleh rangkaian yang terluas di negara ini, ekosistem penyelesaian teknologi Celcom terdiri daripada rakan kongsi digital bertaraf dunia dengan kerjasama bersama 39 rakan kongsi teknologi, di mana 24 daripadanya adalah organisasi tempatan.

Pengunjung yang melawat Celcom Business Tech Week @celcom akan berpeluang untuk

mengalami kepelbagaian solusi daripada 15 pameran dunia sebenar oleh 10 rakan kongsi berbeza.

Ia terdiri daripada peranti, tetap, internet semua benda (IoT), awan dan keselamatan siber.

Celcom Business Tech Week juga mempamerkan teknologi IoT yang akan menunjukkan penyelesaian

bandar pintar bagi menambahbaik keselamatan untuk kehidupan yang lebih baik, penyelesaian pintar bagi proses pembuatan dan industri pertanian bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan serta penyelesaian pintar bagi meningkatkan pengalaman pelanggan dalam runcit dengan cerapan masa nyata.

Pengunjung juga akan berpeluang merasai pengalaman demonstrasi realiti maya Metaverse.

Bagi memastikan komuniti peniaga yang lain tidak dipinggirkan, Celcom Business Tech Week akan turut diadakan di beberapa kawasan di luar Lembah Klang sepanjang tahun ini bagi mempamerkan

pelbagai penyelesaian digital yang akan membantu menginovasi dan memperkasa perusahaan merentasi industri secara digital.

Berita Harian X