Khamis, 7 Julai 2022 | 8:45pm
Grab Intercity membolehkan pengguna membeli tiket bas dan feri di aplikasi Grab
Grab Intercity membolehkan pengguna membeli tiket bas dan feri di aplikasi Grab

Grab perkenal khidmat tempah bas, feri

KUALA LUMPUR: Grab Malaysia melancarkan 'Grab Intercity', perkhidmatan yang memberi kemudahan kepada pengguna untuk membeli tiket bas dan feri di aplikasi Grab.

Ia menyediakan lebih 15,000 laluan perjalanan.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata pengguna akan dapat membeli tiket bas ke lebih 30 destinasi di Singapura dari 11 negeri dan bandar berbeza di seluruh Malaysia.

"Dengan mengembangkan tawaran perkhidmatan perjalanan kami, pengguna boleh merancang percutian mereka tanpa memerlukan banyak aplikasi.

"Kami berharap kemudahan ini adalah memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia untuk membuat persediaan sambutan Hari Raya Aidiladha yang akan datang," kata Pengarah Operasi dan Mobiliti Negara Grab Malaysia Rashid Shukor.

Laluan antara Malaysia dan Singapura akan disediakan untuk tempahan dan pembelian di Grab Intercity mulai hari ini.

Sempena pelancaran itu, pengguna juga akan menerima diskaun 10 peratus untuk semua tiket yang ditempah melalui perkhidmatan berkenaan.

-BERNAMA

Berita Harian X