Khamis, 9 Jun 2022 | 2:22pm
Celcom Axiata Bhd
Celcom Axiata Bhd

Celcom perkenal perkhidmatan AR

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd dengan kerjasama Nonvoice, melancarkan isi kandungan realiti diperkukuhkan (AR), Nonvoice Metaverse yang membolehkan pelanggan mengalami sendiri pengalaman dan gaya hidup digital terkini.

Kerjasama itu akan membekalkan pelanggan Celcom dengan 10 aplikasi pengguna terkumpul dan bersepadu, memberikan pengalaman digital yang meliputi permainan AR, pendidikan, koleksi digital/token tidak boleh digunakan (NFT) serta sukan, semuanya terdapat dalam satu portal.

Pelanggan Celcom akan mendapat akses secara eksklusif kepada bukan hanya satu, tetapi kesemua perkhidmatan AR yang eksklusif menerusi Aplikasi Celcom Life pada harga hanya RM3 seminggu.

Nonvoice adalah agensi aplikasi 5G pertama di dunia yang bekerjasama dengan pelbagai pihak merangkumi pengendali rangkaian mudah alih, vendor pembekal peranti dan perisian serta pelbagai jenama terkemuka industri.

Ketua Pegawai Perniagaan Celcom, T Kugan, berkata kerjasama dengan

Nonvoice memberikan rakyat Malaysia inovasi baharu dengan

perkhidmatan serta pengalaman digital yang menarik serta mengujakan.

"Metaverse dilihat sebagai ruang maya yang mengubah cara kita bermain, belajar dan bersosial. Kami sangat teruja dengan potensi pengalaman AR menerusi kerjasama ini dan bagaimana ia akan mempengaruhi pelbagai bidang seperti pendidikan, hiburan serta aktiviti perdagangan.

"Kami yakin bahawa dengan inisiatif terbaharu Celcom, ia akan memperkasakan rakyat Malaysia dengan pengetahuan digital dan set kemahiran untuk membantu mereka mengetahui potensi AR yang meluas dalam metaverse.

"Kerjasama ini selari dengan komitmen kami untuk mempromosikan inovasi

serta kemajuan teknologi untuk pengalaman pengguna yang luar biasa," katanya dalam satu kenyataan.

Berita Harian X