Selasa, 31 Mei 2022 | 4:31pm
Orang ramai dijemput menyaksikan siaran langsung pelancaran HONOR Magic4 Pro menerusi laman rasmi Facebook HONOR Malaysia pada 1 Jun, jam 3 petang. - FOTO HONOR
Orang ramai dijemput menyaksikan siaran langsung pelancaran HONOR Magic4 Pro menerusi laman rasmi Facebook HONOR Malaysia pada 1 Jun, jam 3 petang. - FOTO HONOR

HONOR Magic4 Pro akan dirasmikan di Malaysia 1 Jun

JENAMA telefon pintar terkemuka, HONOR kembali mencuri tumpuan ramai peminat teknologi selepas pengeluar peranti itu mengumumkan kemunculan peranti terbaharunya iaitu HONOR Magic4 Pro. 

Lebih mengagumkan, HONOR Magic4 Pro adalah peranti mercu pertama yang dihasilkan syarikat itu sejak berpisah dengan HUAWEI.

HONOR kini berdiri sendiri sebagai sebuah jenama teknologi ikonik global yang bakal menjadi pilihan terbaik pengguna khususnya peminat telefon pintar dengan Google Mobile Services (GMS).

Teknologi inovatif

Image

Menurut HONOR, peranti HONOR Magic4 Pro adalah contoh telefon pintar terbaik yang sarat dengan teknologi inovatif serta mampu menyelesaikan masalah yang sering dihadapi pengguna teknologi masa kini.

Paling menarik, peranti ini hadir dengan paparan pertama di dunia dilengkapi 1920Hz PWM Dimming LTPO serba canggih yang berupaya melindungi mata pengguna sekali gus menawarkan pengalaman tontonan lebih selesa. 

Teknologi ini mampu mengurangkan masalah seperti kecerahan paparan yang tidak seimbang atau skrin berkelip terutama dalam suasana gelap, sesuai bagi mereka yang banyak menghabiskan masa menatap skrin dalam ruangan gelap seperti di panggung wayang atau bilik tidur.

Paparan HONOR Magic4 Pro secara automatik akan menyesuaikan kadar segar semula daripada 1 Hertz (Hz) kepada 120Hz mengikut situasi berbeza-beza, sekali gus membantu meningkatkan kecekapan kuasa dan menjimatkan penggunaan bateri sepanjang hari.

Selain paparan yang menakjubkan, HONOR Magic4 Pro turut disertakan teknologi Ultra Fusion Photography yang menawarkan videografi sinematik.

Dengan adanya teknologi secanggih ini, pengguna HONOR Magic4 Pro mampu menghasilkan karya seperti gambar atau video setanding jurugambar profesional.

Sebagai nilai tambah, peranti ini juga hadir dengan teknologi pengecasan tanpa wayar 100 watt (W) yang pertama dalam industri.

Prestasi mengagumkan

Image

Dari segi prestasi, HONOR Magic4 Pro disertakan pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G generasi baharu dengan kuasa cip, pemprosesan imej serta prestasi AI telah dinaik taraf. 

Selain itu, HONOR Magic4 Pro membawakan pengguna fungsi privasi melalui perisian dan perkakasan, termasuk AI Privacy Call, menyelesaikan masalah kebocoran maklumat yang disebabkan kebocoran bunyi semasa panggilan telefon.

Bergelar telefon pintar terlalu hebat untuk dipercayai, HONOR Magic4 Pro berjaya merangkul beberapa anugerah di Mobile World Congress (MWC) 2022 yang mengangkat teknologinya yang inovatif. 

Tidak cukup dengan itu, nilai estetik simetri HONOR Magic4 Pro dan reka bentuk ikonik berkonsep 'Eye of Muse' sudah pasti membuatkan pengguna jatuh cinta pada pandangan pertama. 

Bagi pengguna GMS, HONOR mengesahkan peranti mercu HONOR Magic4 Pro serba baharu ini dilengkapi perisian itu bagi memudahkan pengguna di Malaysia.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai HONOR Magic4 Pro, layari laman sesawang HONOR dan jangan lepaskan peluang untuk menonton siaran langsung pelancaran pada 1 Jun, jam 3 petang menerusi Facebook rasmi HONOR Malaysia, Astro Gempak atau Era FM.

Berita Harian X