Selasa, 7 Disember 2021 | 6:20pm
Jualan Akhir Tahun Lazada 12.12
Jualan Akhir Tahun Lazada 12.12

Lazada tawar ganjaran hebat jualan akhir tahun 12.12

KUALA LUMPUR: Lazada menceriakan rakyat Malaysia dengan menawarkan pelbagai ganjaran hebat termasuk ribuan baucar penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum setiap hari selain hadiah sebuah kereta Nissan Almera Turbo, bersempena sambutan ulang tahun ke-10 acara Jualan Mega 12.12.

Bagi tempoh 12 hingga 14 Disember ini, acara Jualan Akhir Tahun itu menawarkan sejumlah 50,000 baucar penghantaran percuma itu yang diberikan setiap hari pada jam 8 pagi hingga 12 tengah hari menerusi laman https://lzd.co/LazadaMYFreeShipping.

Tidak kurang menariknya, pengguna juga boleh mengumpulkan baucar harian untuk menerima diskaun RM5 secara automatik bagi yuran penghantaran apabila membeli barangan terpilih dengan ikon 'Penghantaran Percuma.'

Dalam kenyataannya hari ini, Lazada berkata jutaan produk daripada ribuan penjual layak bagi tawaran baucar penghantaran percuma ini, termasuk jenama LazMall seperti Pandora, OxWhite.

Ketua Pertumbuhan Pengguna Lazada Malaysia, Rick Ting, berkata sejak sedekad lalu, acara jualan mega Lazada itu menghubungkan rakyat Malaysia dengan pelbagai peniaga kecil, jenama dan perniagaan dalam talian.

"Bermula dengan cita-cita untuk menyokong pertumbuhan ekonomi digital tempatan, ia sebaliknya telah berkembang dan dianggap sebagai satu piawaian industri.

"Sebagai tanda penghargaan kepada pembeli kami dan bersempena sambutan ulang tahun ke-10 Jualan 12.12 Lazada ini, pelanggan boleh membeli dan menghantar barangan kepada orang tersayang di seluruh negara tanpa perlu menanggung yuran penghantaran pada musim pemberian hadiah akhir tahun ini.

"Bukan itu sahaja, rakyat Malaysia juga berpeluang menikmati tawaran luar biasa dan hadiah lumayan berupa sebuah kereta Nissan Almera Turbo pada acara itu," katanya.

Malah, sebagai hadiah istimewa dari Lazada, setiap pembeli dalam kalangan rakyat Malaysia boleh mengumpulkan Lazada Bonus bernilai sehingga RM320 bermula 5 Disember.

Mereka juga berpeluang mengumpulkan Lazada Bonus penuh berjumlah RM320 dengan mengunjungi aplikasi itu setiap hari, bermain Lazzie Star, menyempurnakan misi LazCoins serta berkongsi Lazada Bonus di media sosial dan dari masa ke masa melayari laman sesawang Jualan 12.12 dan produk ditawarkan.

Sepanjang tempoh Jualan 12.12 Lazada pada 12 hingga 14 Disember itu, Lazada Bonus yang dikumpul boleh digunakan untuk menebus diskaun tambahan RM10 bagi setiap RM100 untuk membeli produk khusus dengan paparan Lazada Bonus.

"Lazada Bonus boleh ditambah kepada diskaun dan baucar sedia ada yang meliputi pelbagai kedai untuk meraih diskaun tambahan 10 peratus. Lebih banyak Lazada Bonus yang dikumpul, bermakna penjimatannya lebih besar," katanya.

Menurut Lazada, pengguna juga boleh mendapatkan hadiah sesuai untuk semua di platform Jualan 12.12 Lazada sama ada peranti elektronik, perhiasan rumah, produk kecantikan, fesyen, barang keperluan dapur atau barangan lain dengan rakan jenama rasmi LazMall yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus.

Antara barangan Tawaran Mega Jenama LazMall ialah Samsung Galaxy M32 - RM829 (harga tersenarai asal RM1,099), vivo Y31 - RM799 (harga tersenarai asal RM999), kerusi urut OGAWA Smart Vogue Prime - RM4,499 (harga tersenarai asal RM13,299), mesin Kopi Merah Nespresso Inissia - RM419.30 (harga tersenarai asal RM599) dan Drypers Drypantz (168 keping) RM109.9 (harga tersenarai asal RM163.20).

Selain itu, tablet kunyah Redoxon Double Action - RM19 (harga tersenarai asal RM29.30), maskara Maybelline Falsies Lash Lift - RM40.41 dan percuma satu gincu bibir (harga tersenarai asal RM44.90), M.A.C Setting Spray - RM110 (dengan dua hadiah percuma), kemeja Polo Ralph Lauren Custom Slim Fit Mesh Polo - RM379 (harga tersenarai asal RM540), rantai leher emas Wanderlust + Co Crescent Key - RM179.10 (harga tersenarai asal RM199), beg David Jones Paris Women - RM48.40 (harga tersenarai asal RM210) dan selipar selesa tropika wanita Havaianas - RM59.50 (harga tersenarai asal RM119).

Tidak setakat itu, pembeli yang bijak boleh memanfaatkan lagi wang mereka dengan Chup Dulu, ciri pratempahan di aplikasi Lazada.

Menurut Lazada, mereka yang berminat boleh membuat pratempahan bagi set hadiah bermusim eksklusif melibatkan jenama terkenal LazMall seperti Estée Lauder, M.A.C., Lancôme, Amazin' Graze, LEGO, illycaffè dan banyak lagi dengan hanya membayar deposit 10 peratus mulai sekarang sehingga 11 Disember 2021.

Bermula 2 pagi pada 12 Disember, pembeli boleh membuat bayaran bagi tawaran Chup Dulu dengan mudah.

Sementara itu, demi memudahkan lagi pengalaman menggunakan e-dagang menjelang Jualan 12.12, dompet Lazada kini menyediakan pembayaran tanpa tunai dengan pilihan penghantaran ke seluruh negara.

"Pengguna boleh memilih alternatif digital ini dengan menetapkan bayaran tersebut di halaman pembayaran. Apabila pesanan tiba, mereka boleh meminta kod QR untuk pembayaran melalui dompet Lazada menggunakan fungsi imbasan melalui aplikasi Lazada.

"Pilihan pembayaran ini bukan sahaja menjamin keselamatan pengguna dengan meminimumkan hubungan fizikal tetapi juga memberi ketenangan serta keselamatan yang tinggi," katanya.

Pengguna dompet Lazada untuk kali pertama akan turut menerima rebat RM4 apabila menggunakan pembayaran dompet Lazada bagi pilihan penghantaran Jualan 12.12.

Maskot Lazada, Lazzie, akan turut berada di luar talian bersempena Jualan 12.12 bagi menggembirakan pengguna Lazada dengan baucar khas.

"Di seluruh negara, rakyat Malaysia boleh melihat dan mengimbas kod QR Lazzie Hunt pada semua kenderaan penghantaran logistik Lazada untuk mengumpul seberapa banyak pelekat Lazzie yang boleh ditukar sebagai baucar diskaun sehingga RM50 di seluruh platform serta berpeluang memenangi kereta Nissan Almera Turbo.

Kod QR Lazzie Hunt juga akan turut dipaparkan secara khusus di kedai fizikal rakan jenama seperti Domino's Pizza, CIMB Bank, US Pizza, Maxis dan OYO. Bagi memulakan usaha mengumpul pelekat Lazzie, pengguna Lazada boleh melayari halaman https://lzd.co/LazzieHuntMY.

Menjelang Jualan 12.12, Lazada akan menganjurkan satu siri siaran langsung kendalian Ketua Pegawai Diskaun Ain Edruce mulai 9 malam dari 9 hingga 11 Disember menerusi saluran penstriman langsung LazLive di aplikasi Lazada.

Beliau bersama bersama Sissy Aiman dan Shaun Stephen, akan mengendalikan acara itu untuk memberi ganjaran kepada penonton dengan baucar eksklusif bernilai lebih RM30,000.

Maklumat lanjut mengenai Jualan Akhir Tahun Lazada 12.12 boleh didapati melalui https://lzd.co/MegaSale.

-BERNAMA

Berita Harian X