KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup hampir tidak berubah dalam dagangan hari ini apabila pelabur enggan mengambil langkah seterusnya berikutan kekurangan pemangkin belian di tengah-tengah prestasi pasaran yang bertambah baik, kata peniaga.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik sedikit sebanyak 0.79 mata atau 0.05 peratus kepada 1,488.66 daripada paras penutup 1,487.87 pada Rabu.
Petunjuk pasaran yang dibuka 0.70 mata lebih tinggi kepada 1,488.57, bergerak dalam jajaran kecil antara paras 1,486.15 dan 1,491.35 sepanjang hari dagangan.
Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 467 berbanding 441, manakala 403 kaunter tidak berubah, 891 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.
Jumlah dagangan tidak berubah pada 3.57 bilion unit bernilai RM2.75 bilion sama seperti semalam pada 3.57 unit yang bernilai RM2.17 bilion.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata indeks utama serantau ditutup kebanyakannya tinggi menjelang pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada Khamis.
Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.36 peratus kepada 21,514.10, Indeks Komposit SSE China menokok 0.05 peratus kepada 3,163.45, Nikkei 225 Jepun menambah 0.01 peratus kepada 26,449.82, Kospi Korea Selatan naik 0.24 peratus kepada 2,365.10, manakala Indeks Straits Times Singapura susut 0.11 peratus kepada 3,267.78.
"Di bursa tempatan, kami menjangkakan prestasi FBM KLCI kekal kukuh disokong oleh peningkatan asas ekonomi tempatan walaupun paras ketahanan masih kekal berada di paras 1,500," kata Thong kepada Bernama.
Oleh itu, beliau menjangkakan, indeks petunjuk pasaran bergerak dalam jajaran 1,485 hingga 1,500 menuju ke hujung minggu.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM8.80, CIMB turun dua sen kepada RM5.75, Public Bank dan Tenaga Nasional tidak berubah masing-masing pada RM4.31 dan RM9.40 manakala Petronas Chemicals menambah lima sen kepada RM8.35.
Dalam kalangan kaunter cergas, Nationgate yang baru disenaraikan meningkat 62 sen kepada RM1, DNeX naik dua sen kepada 58 sen, Artroniq menokok tiga sen kepada 86.5 sen, Borneo Oil tidak berubah pada dua sen manakala Dolphin International turun satu sen kepada 1.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 16.38 mata kepada 10,742.76, Indeks FBMT 100 naik 17.16 mata kepada 10,441.08 dan Indeks FBM Emas Shariah mengukuh 27.76 mata kepada 10,944.85.
Indeks FBM 70 naik 72.16 mata kepada 13,341.47 dan Indeks FBM ACE mengukuh 18.87 mata kepada 5,428.63.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 2.37 mata kepada 816.27, Indeks Teknologi naik 1.25 mata kepada 66.29, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.51 mata kepada 183.81, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 27.77 mata kepada 16,537.69 dan Indeks Perladangan berkurangan 12.06 mata kepada 6,922.62.
Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 1.80 bilion saham bernilai RM1.76 bilion berbanding 2.36 bilion saham bernilai RM1.83 bilion pada Rabu.
Jumlah dagangan waran tidak berubah pada 334.13 juta unit bernilai RM81.89 juta daripada 334.68 juta unit bernilai RM77.61 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 1.43 bilion saham bernilai RM907.77 juta daripada 871.35 juta saham bernilai RM265.24 juta sebelumnya.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 225.38 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (744.15 juta); pembinaan (55.49 juta); teknologi (273.29 juta); SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (51.16 juta); hartanah (89.31 juta); perladangan (55.52 juta); REITs (7.28 juta), dana tertutup (7,000); tenaga (153.44 juta); penjagaan kesihatan (66.69 juta); telekomunikasi dan media (30.75 juta); pengangkutan dan logistik (35.13 juta) dan utiliti (15.92 juta). -- Bernama