Khamis, 9 March 2023 | 7:36pm
Kadar faedah di Australia melonjak 350 mata asas sejak Mei 2022 - Foto Reuters
Kadar faedah di Australia melonjak 350 mata asas sejak Mei 2022 - Foto Reuters

Empat bank terbesar Australia naikkan kadar pinjaman rumah

SYDNEY: Empat bank terbesar Australia akan memindahkan kenaikan kadar faedah terbaharu sebanyak suku mata peratusan oleh bank pusat negara itu sepenuhnya kepada pelanggan pinjaman rumah.

Langkah itu dibuat apabila pemberi pinjaman terbabit mengambil keputusan sejajar dengan Reserve Bank of Australia (RBA), yang menaikkan kadar tunai rasmi seperti dijangka sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 3.6 peratus, Selasa lalu.

Daripada empat bank itu, Commonwealth Bank of Australia, National Australia Bank, dan ANZ Group Holdings akan menaikkan kadar masing-masing mulai 17 Mac, manakala Westpac Banking Corp akan menaikkan kadarnya bermula 21 Mac, kata bank-bank berkenaan dalam kenyataan berasingan.

Kadar faedah di negara itu telah pun melonjak sehingga 350 bps sejak Mei lalu, apabila ia berada di paras terendah dalam sejarah 0.1 peratus.

Bagaimanapun, Gabenor RBA, Philip Lowe, berkata bank pusat itu semakin hampir untuk menghentikan kitaran kenaikan kadar agresif apabila dasar itu kini berada dalam had terhad, membayangkan penamatan akan berlaku seawal April.

-Reuters

Berita Harian X