Rabu, 27 Julai 2022 | 10:21am
Gambar fail. NSTP/EMAIL
Gambar fail. NSTP/EMAIL

Peserta industri mohon kaji semula polisi GEG

KUALA LUMPUR: Pemain industri vape tempatan memohon agar kerajaan mengkaji semula polisi GEG yang akan mengharamkan vape untuk sesiapa yang dilahirkan selepas 2007.

Menurut Setiausaha Agung, Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Ridhwan Rosli yang hadir bersama wakil-wakil industri dalam sesi libat urus bersama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru baru ini,

"Di dalam pertemuan itu, Menteri Kesihatan memberikan makluman berkenaan Akta

yang akan dibentangkan di mana ia akan melihat industri vape akhirnya dapat dikawal selia. Ini adalah sesuatu yang dinanti-nantikan oleh pemain industri tempatan.

"Menteri Kesihatan turut memberikan pandangan dan pendirian kerajaan berkenaan GEG yang akan mengharamkan vape sama seperti rokok untuk sesiapa yang dilahirkan selepas 2007. Setelah membuat perbincangan bersama beberapa pihak dalam industri, kami berpendapat polisi ini perlu dikaji semula. Terutamanya dari segi pelaksanaannya yang perlu dikaji memandangkan ia membabitkan kesan ke atas akar umbi industri vape yang dibangunkan oleh usahawan tempatan," katanya.

Pengasas Malaysian Vaping Movement, Ibrahim Morni yang juga satu kumpulan aktivis

dalam industri vape berkata, ramai dalam industri sememangnya 100% menyokong

pelaksanaan undang-undang kawal selia vape.

"Yang kami mahukan adalah peraturan untuk kawal selia. Polisi GEG pula adalah agak drastik kerana ia mengharamkan industri vape pada masa depan. Kami mohon perkenalkan peraturan dahulu dan sambil itu, keputusan berkenaan GEG untuk industri vape dikaji semula.

"Saya percaya industri vape di Malaysia perlu diberikan pengiktirafan yang sewajarnya dan bukannya untuk diharamkan secara perlahan-lahan," katanya.

Dalam pada itu, Malaysian Vape Industry Advocacy (MVIA) juga menyarankan supaya kerajaan mengkaji semula GEG untuk vape.

Presiden MVIA, Rizani Zakari berkata, larangan tersebut harus dikaji semula. Perkara ini tidak boleh dibuat secara terburu-buru. Beliau berkata ramai yang keliru dengan polisi GEG ini.

"Selama ini Menteri Kesihatan hanya berkata GEG ini adalah untuk menamatkan tabiat merokok dan mencegah generasi baru daripada memulakan tabiat merokok. Taksiran merokok bukannya menggunakan vape dan oleh itu ramai yang ingatkan polisi GEG itu tidak membabitkan vape. Hanya baru-baru ini, Menteri Kesihatan berkata GEG ini juga mengharamkan vape pada masa depan dan tidak boleh dijual kepada sesiapa yang dilahirkan selepas 2007."

"Ramai yang tidak hadir dalam sesi libat urus dengan Menteri Kesihatan baru-baru ini tidak setuju dengan polisi GEG ini terutamanya pengusaha kecil dan sederhana dalam industri vape. Perkara ini perlu dikaji semula kerana ia akan memberikan kesan kepada usahawan tempatan," katanya.

Berita Harian X