Rabu, 28 Julai 2021 | 8:52am
Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Sunway, Bryan Lin.
Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Sunway, Bryan Lin.

Pusat Perubatan Sunway diiktiraf hospital pintar Malaysia 2021

KUALA LUMPUR: Anugerah berprestij, Frost & Sullivan Excellence Awards, Asia Pacific Best Practices Awards 2021 adalah anugerah yang mengiktiraf syarikat di pelbagai pasaran serantau serta global kerana pencapaian luar biasa dan prestasi unggul dalam bidang seperti kepimpinan, inovasi teknologi, perkhidmatan pelanggan, dan pengembangan produk strategik.

Kejayaan Pusat Perubatan Sunway mendapat pengiktirafan itu, baru-baru ini secara tidak langsung meningkatkan reputasi dan menobatkannya antara terbaik di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Sunway, Bryan Lin, berkata pengiktirafan ini adalah kemenangan bersama dan atas usaha kolektif pasukan perubatan hospital itu.

"Kami sentiasa komited untuk mendorong penggunaan digitalisasi bagi meningkatkan kecekapan operasi dan pada masa sama, memberikan pengalaman terbaik kepada pesakit.

"Kami memahami bahawa teknologi berperanan penting dalam keperluan penjagaan kesihatan untuk terus berkembang terutama bagi memenuhi peredaran zaman abad ke-21 ini," katanya.

Penganalisis Frost & Sullivan yang juga Pengurus Penyelidikan Kesihatan dan Sains Kehidupan, Siddharth Shah, pula berkata inisiatif pintar disediakan Pusat Perubatan Sunway memenuhi tiga ciri utama, iaitu kecekapan operasi, kecemerlangan klinikal dan perhatian pesakit.

"Pusat Perubatan Sunway turut konsisten menerapkan inisiatif baharu, menyedari pentingnya hospital pintar dan memastikan kepuasan bekerja oleh doktor, kakitangan dan pesakit," katanya.

Antaranya, penggunaan Nemuri SCAN untuk wad. Teknologi ini dilengkapi sistem penggera pencegahan di tempat tidur hospital dengan sensor pesakit tanpa sentuhan yang berupaya mengukur kadar tidur, jantung dan pernafasan pesakit secara berterusan.

Melalui teknologi itu ia membolehkan pasukan kesihatan memberikan rawatan tepat pada masanya serta mengoptimumkan kecekapan.

Pusat perubatan ini juga giat menawarkan kemudahan berteknologi tinggi kepada pesakit. Seiring dengan itu, Pusat Kanser Sunway, menyediakan kemudahan radioterapi paling canggih yang dilengkapi dengan Elekta Leksell Gamma Knife ICON.

Ia bagi rawatan radiasi lanjutan untuk pelbagai keadaan neurologi. Mesin tidak invasif ini memancarkan pancaran sinaran dosis tinggi ke sasarannya dan menyebabkan kerosakan pada tisu sekitar.

Selain itu, Pusat Perubatan Sunway turut diakreditasi sebagai Pusat Terancang Onkologi Bersepadu dan Penjagaan Paliatif oleh Persatuan Eropah untuk Onkologi Perubatan.

Sementara itu, bagi menangani wabak COVID-19 pusat perubatan ini sudah mengambil beberapa langkah proaktif.

Laman sesawang Pusat Perubatan Sunway di https://www.sunwaymedical.com/
Laman sesawang Pusat Perubatan Sunway di https://www.sunwaymedical.com/

Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun lalu, Pusat Perubatan Sun- way bekerjasama dengan Sun- way iLabs untuk membina Pod Pengujian COVID-19 tanpa sentuhan.

Teknologi ini membolehkan pekerja kesihatan menjalankan ujian untuk kes yang disyaki dalam persekitaran lebih selamat dan mengurangkan risiko jangkitan, malah turut mengurangkan penggunaan alat pelindung diri (PPE) yang kekurangan bekalan global ketika itu.

Pusat Perubatan Sunway juga antara penyedia penjagaan kesihatan terawal menggunakan telerundingan ketika PKP tahun lalu, yang membolehkan pesakit terus berunding dengan doktor dari rumah.

Peningkatan terhadap tuntutan menjauhkan diri dari sosial pula menyebabkan terbentuknya Pusat Arahan Telemedicine 24 jam pertama di negara ini yang dilancarkan pada Januari lalu.

Menjelang 2050, negara seperti Malaysia, Filipina dan Indonesia dijangka berlaku peningkatan populasi sebanyak 40 peratus, sekali gus menyebabkan permintaan untuk perawatan kesihatan semakin meningkat.

Bank Pembangunan Asia juga menunjukkan, menjelang tempoh itu individu berumur 65 tahun ke atas akan merangkumi 15 peratus daripada populasi Asia Tenggara, tiga kali ganda daripada yang dilaporkan pada tahun 2010.

Walau bagaimanapun, rantau ini mengalami kekurangan doktor. Di sini teknologi berperanan penting untuk melengkapkan industri penjagaan kesihatan, terutama dalam bidang kecerdasan

buatan (AI) dan robotik.

Perjalanan menuju pemulihan dan pertumbuhan jangka panjang di Asia Tenggara pasca COVID memerlukan perkongsian baharu serta inovasi berterusan merentasi ekosistem penjagaan kesihatan.

Ia memerlukan visi bersama dan usaha kolaboratif untuk merealisasikan sistem penjagaan kesihatan digital yang moden, sehubungan itu Pusat Perubatan Sunway menyasarkan untuk menjadi paling hadapan di Malaysia.

Berita Harian X