Isnin, 14 Oktober 2019 | 6:12pm
PENGARANG Kumpulan BH, Khaidir (tiga dari kanan) menerangkan operasi syarikat NSTP kepada Mohd Noorazam di Balai Berita, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Khairul Azhar Ahmad
PENGARANG Kumpulan BH, Khaidir (tiga dari kanan) menerangkan operasi syarikat NSTP kepada Mohd Noorazam di Balai Berita, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Khairul Azhar Ahmad
PENGURUS Pembangunan Perniagaan NSTP, Mohd Shairul Azni Md Sani (dua dari kiri) menunjukkan keratan akhbar lama kepada Mohd Noorazam (dua dari kanan) sambil diperhatikan Norliza (kiri) dan Eksekutif, Pembangunan Perniagaan, NSTP di Balai Berita, hari ini. - Foto NSTP/Khairul Azhar Ahmad

KPRJ lawat Balai Berita

KUALA LUMPUR: Pengurusan tertinggi Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) melawat Balai Berita bagi mendapat maklumat operasi media cetak dan dalam talian.

Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ, Datuk Mohd Noorazam Osman dan Timbalannya, Norliza Suleiman mengetuai rombongan dan mendapat taklimat daripada pengurusan The New Straits Times Press (NSTP), di sini, hari ini.

Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Mohamad Asri Tuan Hussein memberi penerangan lanjut mengenai penerbitan berita di akhbar, web dan media sosial.

Berita Harian X