Isnin, 6 Februari 2023 | 1:24pm
Tropicana Corporation Bhd
Tropicana Corporation Bhd

Tropicana jual tanah RM21.27 juta di Johor  

zahrin@mediaprima.com.my 

KUALA LUMPUR: Tropicana Corporation Bhd (Tropicana) melalui anak syarikat milik penuhnya, Tropicana GP Views Sdn Bhd (TGPV) memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan KSL Medini Development Sdn Bhd bagi melupuskan 4.39 hektar tanah bernilai RM21.27 juta di Pontian, Johor.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Tropicana berkata pertimbangan pelupusan itu hendaklah dipenuhi sepenuhnya secara tunai mengikut terma dan syarat SPA.

Katanya, cadangan pelupusan itu memberi peluang bagi kumpulan untuk segera membuka kunci nilai hartanah itu dan apabila selesai, ia dapat meningkatkan prestasi kewangan dan merealisasikan keuntungan sekaligus mengukuhkan kedudukan aliran tunainya.

Perjanjian itu dijangka selesai pada suku ketiga 2023.

 

 

Berita Harian X