Khamis, 7 Julai 2022 | 2:03pm
Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties, Khairul Azizi Ismail (kiri) dan Pengerusi KMT Group, Datuk Matthew Lee (kanan) pada menandatangani DoU di Petaling Jaya - Foto ihsan Boustead Properties
Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties, Khairul Azizi Ismail (kiri) dan Pengerusi KMT Group, Datuk Matthew Lee (kanan) pada menandatangani DoU di Petaling Jaya - Foto ihsan Boustead Properties

The Curve buka pasar raya premium Korea

PETALING JAYA: Boustead Properties Bhd menandatangani dokumen persefahaman (DoU) dengan K Ecomart Sdn Bhd, anak syarikat Korean Malaysia Trade (KMT) Group sebagai sebahagian daripada usahanya untuk mengembangkan kepelbagaian penyewa pusat beli-belah The Curve.

Di bawah perjanjian itu, pemaju hartanah itu akan membuka kedai utama K Plus Food Market yang pertama dan terbesar di negara ini di pusat beli-belah itu pada suku keempat tahun ini.

"Kerjasama dengan KMT Group akan memperluas daya tarikan pusat beli-belah ini kepada pangkalan pengguna yang luas dengan menyasarkan pasaran belia yang semakin berkembang yang dipengaruhi oleh budaya Korea," kata Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Properties, Khairul Azizi Ismail.

K Plus Food Market akan menjadi penyewa utama di The Curve dengan menduduki kira-kira 30,000 kaki persegi daripada ruang di tingkat bawah pusat beli-belah itu atau lima peratus daripada kawasan yang boleh disewakan yang penting untuk penyewaan tunggal.

The Curve juga akan meningkatkan kepelbagaian penyewanya dengan lebih daripada 20 penyewa baharu telah menandatangani pada separuh pertama 2022.

Sementara itu, Pengerusi KMT Group, Datuk Matthew Lee, berkata pasar raya berkonsepkan Korea itu akan menyediakan pelbagai jenis makanan Korea dengan kualiti yang terbaik.

Ini akan diikuti dengan pembukaan restoran dan kedai roti Korea.

"KMT Group telah menandakan 25 tahun sebagai perintis dalam mempromosikan makanan Korea di Malaysia. Kami sentiasa komited untuk menyediakan dan menambah nilai kepada rakan perniagaan," katanya.

-BERNAMA

Berita Harian X