Jumaat, 24 Jun 2022 | 7:50pm
Prestasi positif ringgit disokong oleh harga minyak yang lebih kukuh - Foto fail NSTP
Prestasi positif ringgit disokong oleh harga minyak yang lebih kukuh - Foto fail NSTP

Ringgit terus meningkat

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan keuntungan semalam untuk mengakhiri minggu ini lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang lebih baik terhadap mata wang tempatan selepas didorong oleh harga minyak yang stabil, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu menokok berbanding dolar AS kepada 4.4010/4045 daripada paras penutup 4.4045/4075 yang dicatatkan semalam.

Menurut beliau lagi, prestasi positif ringgit disokong oleh harga minyak yang lebih kukuh berikutan permintaan bahan api musim panas yang tinggi, manakala bekalan kekal ketat disebabkan sekatan ke atas minyak Russia selepas pencerobohannya ke atas Ukraine.

Penanda aras minyak mentah Brent diniagakan pada AS$111.3 setong, meningkat 1.14 peratus.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit menyusut berbanding pound kepada 5.4128/4171 daripada 5.3722/3758 dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.1710/1740 daripada 3.1682/1706 sebelum ini.

Ia jatuh berbanding euro kepada 4.6444/6481 daripada 4.6318/6349 dan susut berbanding yen kepada 3.2590/2621 daripada 3.2534/2559 semalam.

-BERNAMA

Berita Harian X