Jumaat, 29 April 2022 | 6:24pm
Strategi rasionalisasi aset PETRONAS untuk portfolio yang sesuai dengan hasrat pertumbuhan - Foto hiasan
Strategi rasionalisasi aset PETRONAS untuk portfolio yang sesuai dengan hasrat pertumbuhan - Foto hiasan

Unit PETRONAS tarik diri dari Yetagun, Myanmar

KUALA LUMPUR: Petronas Carigali Myanmar Inc (PCMI) dan PC Myanmar (Hong Kong) Ltd (PCML), anak syarikat PETRONAS, mengumumkan untuk menarik diri daripada Blok M12, M13 dan M14 yang terletak di lapangan Yetagun, luar pesisir Myanmar.

PETRONAS dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dibuat berikutan semakan semula tekno-komersial secara menyeluruh seiring dengan strategi rasionalisasi aset PETRONAS untuk portfolio yang sesuai dengan hasrat pertumbuhannya berikutan perubahan persekitaran industri dan peralihan tenaga yang berlaku sekarang.

"PCML telah mengendalikan Projek Gas Yetagun sejak 2003, ia memegang 40.9 peratus kepentingan penyertaan.

"Rakan kongsi lain termasuk Myanma Oil & Gas Enterprise (20.5 peratus), Nippon Oil Exploration (Myanmar) Ltd (19.3 peratus) dan PTTEP International Ltd (19.3 peratus)," katanya.

-BERNAMA

Berita Harian X