Selasa, 4 Januari 2022 | 7:54pm
Raja Azura Raja Mahayuddin
Raja Azura Raja Mahayuddin

Raja Azura dilantik sebagai pengarah Ireka Corp

KUALA LUMPUR: Ireka Corp Bhd melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, Raja Azura Raja Mahayuddin sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif.

Raja Azura, 49, mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang modan insan, audit dan pembinaan negara, kata Ireka dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Beliau sebelum ini berkhidmat dengan Malaysia Airlines sebagai Ketua Juruaudit Dalaman, selain Naib Presiden Eksekutif Modal Insan.

Raja Azura juga pernah berkhidmat di Khazanah Nasional Bhd sebagai Naib Presiden Kanan Pengurusan Modal Insan Strategik dan Arthur Andersen & Co sebagai Penolong Pengurus di bahagian perkhidmatan.

Raja Azura memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada Heriot Watt University dan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Utara Malaysia.

Berita Harian X