Sabtu, 27 November 2021 | 3:18am
Projek Chambers Kuala Lumpur yang dimajukan Matrix Concepts Holdings Bhd.
Projek Chambers Kuala Lumpur yang dimajukan Matrix Concepts Holdings Bhd.

Bajet 2022 rangsang industri hartanah tempatan

KUALA LUMPUR: Pasaran hartanah tempatan menunjukkan tanda pemulihan menggalakkan disokong rangsangan yang ditawarkan menerusi pengumuman Bajet 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif Matrix Concepts Holdings Bhd, Leong Jee Van, berkata antara intipati menarik dalam belanjawan tahunan itu termasuk Skim Jaminan Kredit Perumahan bernilai RM2 bilion untuk pekerja gig dan peniaga kecil serta pemansuhan cukai keuntungan harta tanah (RPGT) yang dijangka memacu industri hartanah negara.

"Langkah memansuhkan RPGT selepas tahun ke-6 akan menggiatkan semula pasaran hartanah sekunder secara perlahan-lahan.

"Yang pastinya Skim Jaminan Kredit Perumahan RM2 bilion memberi manfaat kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan dokumentasi lebih lengkap terutamanya bagi mereka yang berada dalam industri gig serta peniaga kecil.

"Skim ini akan banyak membantu golongan B40 dalam memiliki rumah pertama mereka malah mengecilkan jurang ekonomi antara kumpulan pendapatan," katanya dalam satu kenyataan.

Berdasarkan petunjuk pemulihan itu, Jee Van berkata, ia menjadi masa yang sesuai untuk syarikat meluaskan tawaran pembiayaan Matrix Concepts kepada pembeli.

"Justeru, Matrix Concepts mengumumkan penawaran skim pemilikan kediaman Maybank Islamic HouzKEY bagi projek Chambers, Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata, Chambers, projek yang dimajukan Matrix Concepts merangkumi komponen apartmen servis berstatus pegangan bebas yang terdiri daripada 509 unit dan pemilikan rumah HouzKEY ialah pelan gadai janji alternatif yang disasarkan untuk pemilik rumah kali pertama dan kedua.

"Ia adalah tawaran unik merangkumi pembiayaan 100 peratus dengan tempoh pembayaran faedah pada 5-tahun pertama, kadar faedah rendah di bawah 3.0 peratus dan tiada pembayaran pinjaman semasa tempoh pembinaan, menjadikan HouzKEY salah satu skim pembiayaan paling menarik yang ditawarkan.

"Justeru, Matrix Concepts akan melanjutkan skim pemilikan rumah HouzKEY untuk baki unit Type C berkeluasan 908 kaki persegi di Chambers Kuala Lumpur dengan bayaran bulanan RM1,810 sahaja," katanya.

Ketika ini, projek Chambers Kuala Lumpur sudah siap kira-kira 75 peratus dengan hanya kerja-kerja infrastruktur luaran dan kemasan dalaman dilaksanakan.

Penyerahan unit kediaman projek berkenaan dijangka pada suku etiga tahun depan.

Projek Chambers Kuala Lumpur terletak di pusat bandar dan berdekatan dengan stesen LRT PWTC serta Putra KTM Komuter, selain hanya 350 meter dari Sunway Putra Mall.

Jee Van berkata, projek akan datang yang dimajukan Matrix Concepts di Lembah Klang akan dilancarkan pada suku ketiga tahun depan di Cheras, di sempadan Kuala Lumpur.

Leong also said that the immediate

Dikenali sebagai kondominium The Cheras, konsep kediaman bertingkat itu berasaskan gaya hidup dengan penekanan kepada kesejahteraan dan ketenangan jiwa.

"Projek berikutnya di Puchong pada suku keempat tahun depan, satu lagi kondominium di Bandar Puchong Jaya dan jarak berjalan kaki ke stesen LRT Puchong," katanya.

Berita Harian X