Khamis, 10 March 2022 | 2:24pm
Platinum Casa Danau Residences
Platinum Casa Danau Residences

Platinum Victory lancar projek perumahan di Setapak

KUALA LUMPUR: Platinum Victory Sdn Bhd melancarkan Platinum Casa Danau Residences di Setapak dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM156.4 juta.

Dalam satu kenyataan, pemaju hartanah itu berkata, pembangunan perumahan kepadatan rendah itu terdiri daripada 200 unit kondominium berkeluasan 1,184 kaki persegi bagi setiap unit dengan harga bermula daripada RM553,000.

"Ia menawarkan keselesaan, privasi dan akses mudah kepada kemudahan bagi mereka yang mencari ruang kediaman di bandar," katanya.

Platinum Casa Danau Residences dihubungkan dengan beberapa jalan akses utama seperti Jalan Genting Kelang, Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Setiawangsa Pantai dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selain DUKE 3 yang sedang dalam pembinaan (Lebuhraya Setiawangsa Pantai).

-BERNAMA

Berita Harian X