Sabtu, 29 Ogos 2015 | 12:03am

Roti jala berinti ayam

KETUA Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Hatipah Ibrahim dan Dipertua Majlis MBK, Mohd Syahbuddin Hashim bersama sukarelawan MYCorps pada Program Komuniti Belia Prihatin-Misi Bantuan Banjir oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM), di Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum, Kampung Bujuk, di sini.
KETUA Pengarah Jabatan Belia dan Sukan, Datuk Hatipah Ibrahim dan Dipertua Majlis MBK, Mohd Syahbuddin Hashim bersama sukarelawan MYCorps pada Program Komuniti Belia Prihatin-Misi Bantuan Banjir oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Belia Malaysia (MBM), di Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum, Kampung Bujuk, di sini.

ROTI kirai atau dikenali roti jala dipercayai berasal dari Kedah. Hidangan kegemaran ramai ini boleh dijadikan antara hidangan secara bufet untuk pelbagai majlis atau acara tertentu.

   Bagi yang rajin, boleh juga menyediakan hidangan ini untuk minum petang dan dinikmati bersama keluarga. Lazimnya, roti jala ini dicicah dengan kuah kari, susu atau kuah durian.

   Untuk memberikan kelainan, kali ini Chef Demi (chef de partie) Fraser Residence Kuala Lumpur, Chef Mohd Faris Mat Basir berkongsi resipi istimewa roti jala yang berintikan ayam.

Cara penyediaannya sama seperti roti jala biasa, namun ia memberi kelainan apabila ada inti ayam dalam balutan roti jala.

   Ini secara tidak langsung kita tidak perlu menyediakan kuah berikutan segala-galanya dua dalam satu. Selain menjimatkan ruang penyajian di meja bufet, hidangan ini enak dinikmati begitu saja.

Bagi chef berusia 33 tahun ini, penyediaan hidangan sangat mudah dan boleh dinikmati dalam jumlah ramai. Lokasi masakan kali ini juga dibuat di tempat istimewa iaitu di Cafe on the Fifith, Fraser Residence Kuala Lumpur dekat Jalan Cendana di tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Bahan untuk inti

(Untuk hidangan enam hingga tujuh orang)

250 gram isi ayam dicincang halus

3 biji bawang merah (dikisar halus)

1 inci halia muda (dikisar halus)

2 sudu besar rempah kari

2 biji telur

Sedikit daun kari

Garam dan gula secukupnya

Bahan untuk membuat roti jala

2 cawan tepung gandum

3 cawan air

1 biji telur

Sedikit pewarna kuning

Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan

1. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.

2. Bentukkan roti jala menggunakan acuannya. Sediakan dalam tiga keping

3. Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau dan tumiskan juga daun kari.

4. Masukkan rempah dan isi ayam.

5. Kacau sehingga masak

6. Tambah perasa - gula dan garam.

7. Pecahkan telur ke dalam inti kari ayam.

8. Letakkan inti pada roti jala dan gulung.

Berita Harian X