Ahad, 22 Mei 2022 | 7:16pm
 Gambar hiasan
Gambar hiasan

Mangsa banjir di Sipitang dibenar pulang

SIPITANG: Semua 32 orang daripada 11 keluarga yang dipindahkan susulan banjir di Sipitang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing petang ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan berkata, sehubungan itu, pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Mini Mesapol di sini yang dibuka sejak petang semalam ditutup hari ini.

"Tinjauan pihak berkuasa mendapati kawasan terkesan banjir membabitkan pemindahan penduduk sudah pulih, jadi penduduk yang berpindah ke PPS Dewan Mini Mesapol dihantar pulang ke rumah masing-masing," katanya hari ini.

Hujan lebat berterusan sejak Jumaat lalu menyebabkan paras air Sungai Mengalong dan Sungai Lukutan naik mendadak manakala limpahan air berlebihan menyebabkan 17 kampung berdekatan dinaiki air.

– BERNAMA

Berita Harian X