Sabtu, 21 Mei 2022 | 8:12pm
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meninjau keadaan banjir yang melanda empat kampung di Lawas. - Foto ihsan JPBN Sarawak.
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) meninjau keadaan banjir yang melanda empat kampung di Lawas. - Foto ihsan JPBN Sarawak.

42 dipindahkan akibat banjir di Lawas

KUCHING: Seramai 42 penduduk di empat kampung di sekitar Lawas, dekat sini, terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman masing-masing dilanda banjir, hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, semua mangsa membabitkan 12 keluarga dengan empat kampung terjejas ialah Kampung Seberang Kedai, Kampung Perumahan Gelapas, Kampung Masjid dan Kampung Tengah.

Katanya, semua mangsa kini ditempatkan di PPS di Dewan Masyarakat Daerah Kecil Trusan.

"PPS itu dibuka mulai jam 10.30 pagi tadi berikutan paras air yang semakin membimbangkan.

"Daripada 42 mangsa itu, 16 adalah lelaki dewasa, 12 wanita dewasa, sembilan kanak-kanak termasuk dua perempuan, tiga warga emas serta dua bayi lelaki," katanya dalam kenyataan malam ini.

JPBN turut memaklumkan pemantauan dijalankan untuk memastikan paras air selamat sebelum membenarkan semua mangsa kembali ke rumah masing-masing.

Berita Harian X