Selasa, 29 March 2022 | 7:13pm

Pulau Pinang belum bertindak ke atas guru KAFA tolak pelalian

BUTTERWORTH: Guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di negeri ini disaran mengambil pelalian COVID-19, walaupun belum ada tiada tindakan ke atas mereka yang enggan berbuat demikian.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman, pihaknya berpegang kepada prinsip menasihat demi kebaikan semua murid dan guru terbabit.

Ahmad Zakiyuddin berkata, guru KAFA masih disaran mendapatkan vaksin seperti nasihat Kementerian Kesihatan.

"Kita belum lagi nilai tentang perkara itu (guru KAFA enggan ambil vaksin).

"Kita tidak pasti setakat mana penolakan itu. Adakah disebabkan pilihan atau masalah kesihatan mereka yang kita perlu nilai satu persatu," katanya hari ini.

Semalam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menggantung tugas guru KAFA yang enggan mengambil vaksin COVID-19.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, jika pihak terbabit masih tidak melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 sepanjang tempoh penggantungan terbabit, mereka boleh ditamatkan perkhidmatan.

Pulau Pinang akan meneliti kes guru KAFA yang belum mengambil pelalian COVID-19. - Foto NSTP/NUR IZZATI MOHAMAD
Pulau Pinang akan meneliti kes guru KAFA yang belum mengambil pelalian COVID-19. - Foto NSTP/NUR IZZATI MOHAMAD
Berita Harian X