Sabtu, 8 Januari 2022 | 1:48pm

Hujan berterusan tahap waspada di 10 kawasan Sarawak

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku di 10 kawasan di Sarawak bermula 11 Januari (Selasa) hingga 13 Januari ini.

MetMalaysia menerusi ciapan di Twitter pada 12 tengah hari ini, memaklumkan kawasan terbabit ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau).

Amaran tahap waspada atau kuning merujuk kepada keadaan hujan berterusan yang dijangka berlaku dalam tempoh satu hingga tiga hari.

– BERNAMA

Berita Harian X