Sabtu, 25 Disember 2021 | 9:02am
Kerja-kerja membersihkan rumah penduduk dilanda banjir di Kampung Telok Berembang, Lubok China dilakukan oleh pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka (MISDEC). NSTP/Foto Nazri Abu Bakar

Hanya tinggal 35 mangsa banjir di Melaka

MELAKA: Mangsa banjir di Melaka mencatatkan penurunan dengan hanya 35 mangsa ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), setakat jam 8 pagi ini.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Cuthbert John Martin Quadra, berkata jumlah berkenaan membabitkan enam mangsa di daerah Alor Gajah dan 29 di Jasin.

Katanya, kesemua mereka ditempatkan di PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di Alor Gajah dan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Penghulu Benteng di Jasin.

"Sebanyak 15 kawasan di Alor Gajah masih terjejas banjir iaitu Kampung Bukit Tambun, Kampung Bukit Balai, Kampung Jeram, Kampung Taboh Naning, Pekan Lubok China, Taman Seri Bayu, Kampung Pengkalan dan Kampung Panchor.

Kerja-kerja membersihkan rumah penduduk dilanda banjir di Kampung Telok Berembang, Lubok China dilakukan oleh pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Perindustrian dan Keusahawanan Melaka (MISDEC). - Foto Nazri Abu Bakar

"Kawasan lain termasuk Kampung Beringin, Kampung Paya Lebar, Kampung Belimbing Dalam, Kampung Pulau, Kampung Gangsa dan Kampung Gadek Dalam," katanya.

Di Jasin, ia membabitkan Kampung Parit Penghulu Benteng, Kampung Lanchang, Lubuk Kasau, Tanjung Labuh, Kampung Tersusun Rambai Jaya, Batu 16 Jasin dan Tehel.

Berita Harian X