Sabtu, 24 Julai 2021 | 2:46pm
Penduduk meninjau kesan kerosakan harta benda susulan kejadian hujan lebat dan ribut di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, petang semalam. - NSTP/Nurul Amanina Suhaini
Penduduk meninjau kesan kerosakan harta benda susulan kejadian hujan lebat dan ribut di Tanjung Sedili, Kota Tinggi, petang semalam. - NSTP/Nurul Amanina Suhaini

Tanjung Sedili umpama dibadai tsunami

KOTA TINGGI: Ribut yang membadai hingga menyebabkan kerosakan teruk umpama kesan tsunami sekitar Tanjung Sedili petang semalam, adalah kejadian terburuk pernah berlaku di sini dalam tempoh 30 tahun.

Hujan lebat lebih dua jam bermula kira-kira 3 petang itu, disusuli ribut dan angin kencang, menyebabkan 291 rumah dan beberapa bangunan kerajaan mengalami kerosakan dengan lebih 20 pokok tumbang.

"Angin terlampau kuat dengan hujan dan ribut datang serentak. Adik-adik terlalu takut sehingga berpelukan sesama sendiri," kata Shazrul Faiza Mat Noor, 33.

Shazrul Faiza yang juga penduduk Kampung Teluk Jeri Luar, antara terjejas susulan kejadian hujan lebat dan ribut berterusan lebih dua jam itu.

"Saya melihat keadaan di luar rumah kelihatan angin ibarat puting beliung, secara tiba-tiba pokok di belakang rumah patah lalu menghempap kereta Perodua MyVi saya.

Kereta yang dihempap pokok. - NSTP/Nurul Amanina Suhaini
Kereta yang dihempap pokok. - NSTP/Nurul Amanina Suhaini

"Saya sempat azan kerana terlalu takut dan ini adalah kejadian kali kedua berlaku sejak 10 tahun lalu, tidak menyangka ia menyebabkan harta benda di rumah juga rosak.

"Apabila sudah reda kira-kira lewat petang, saya keluar rumah lalu melihat rumah jiran juga rosak teruk yang kemudiannya orang kampung mula bersama-sama bantu membersihkan kawasan di sekitar kampung," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Bagi penduduk Kampung Teluk Jeri Luar, Mariam Ismail, 72, berkata keadaan kediamannya rosak hampir 70 peratus termasuk keseluruhan bumbung rumah.

"Yang tidak teruk ruangan depan rumah. Lantai rumah masih bertakung dengan air hujan. Saya maklum mengenai pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka, namun saya tidak pergi.

Mangsa ribut Mastura Abidin, 50, dibantu anak lelakinya Mohd Fahrin Rosli, 11, mengemas dan membersihkan kedai mereka yang rosak dihempap pokok yang tumbang akibat kejadian ribut semalam. - Foto BERNAMA

Wan Rashid Wan Harun, 39, menurunkan serpihan atap yang rosak akibat dipukul ribut semalam di rumahnya di Kampung Teluk Jeri Luar sambil dibantu rakannya, Kamaruddin Sulong, 42 (depan) di Tanjung Sedili hari ini. - Foto BERNAMA

Mangsa ribut Mastura Abidin, 50, dibantu anak lelakinya Mohd Fahrin Rosli, 11, mengemas dan membersihkan kedai mereka yang rosak dihempap pokok yang tumbang akibat kejadian ribut semalam di Kampung Teluk Jeri Luar ,Tanjung Sedili hari ini. - Foto BERNAMA

Wan Rashid Wan Harun, 39, menurunkan serpihan atap yang rosak akibat dipukul ribut semalam di rumahnya di Kampung Teluk Jeri Luar sambil dibantu rakannya, Kamaruddin Sulong, 42, (kanan) di Tanjung Sedili hari ini. - Foto BERNAMA

"Saya tidur di ruangan rumah yang tidak terjejas di bahagian hadapan, rasa lebih selamat apatah lagi ketika ini musim pandemik COVID-19," katanya.

Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad, berkata kerajaan negeri akan memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta hingga RM5 juta bagi membantu penduduk di kawasan Tanjung Sedili, susulan terjejas kejadian ribut.

Katanya, setiap keluarga akan menerima antara RM5,000 hingga RM15,000 bergantung kepada kerosakan harta benda termasuk kediaman.

"Di peringkat awal, setiap keluarga akan menerima bantuan wang tunai RM1,000 dari kerajaan negeri, RM400 dari Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan bakul makanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.

Berita Harian X