Rabu, 28 Oktober 2020 | 12:56pm

401 anggota keselamatan di Nilai

NILAI: Seramai 401 anggota polis, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Rakyat (RELA) terbabit dalam penguatkuasaan di Nilai mulai jam 12 tengah malam tadi.

Ini susulan Nilai diletakkan dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Putra Point Nilai dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Che Zakaria Othman, berkata jumlah anggota akan ditambah jika ada keperluan.

"Masih terdapat seramai 180 pekerja kilang yang berada di tiga blok bangunan di Putra Point Nilai menunggu keputusan saringan COVID-19.

"Tiada masalah besar bagi kawasan yang terbabit terutama dengan PKPD kerana ia berada dalam kawalan polis," katanya selepas meninjau persiapan pelaksanaan PKPD dan PKPB, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak lima sekatan jalan raya dilaksanakan di Nilai bermula jam 12 tengah malam tadi.

Keadaan lengang di kawasan Putra Point berikutan pelaksanaan PKPD bermula hari ini. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin
Keadaan lengang di kawasan Putra Point berikutan pelaksanaan PKPD bermula hari ini. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Putra Point, Nilai dilanjutkan. - Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Putra Point, Nilai dilanjutkan. - Foto NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Anggota tentera memasang kawad berduri sebagai persiapan pelaksanaan PKPD di Putra Point bermula malam tadi. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Katanya, sekatan dilakukan di Persiaran Pusat Bandar, Persiaran Pusat Bandar, Jalan Pajam-Nilai-Salak (tapak tol lama), Jalan Pajam-Nilai-Salak (Desa Cempaka) dan Jalan BBN 5/2B Taman Desa Jasmin.

"Dua pasukan anggota Unit Kenderaan Peronda (MPV) turut dikerah membuat rondaan dengan kerjasama anggota ATM," katanya.

Che Zakaria berkata, masyarakat memahami arahan PKPD atau PKPB dan beliau menggesa orang-ramai memberi kerjasama dalam usaha melawan wabak COVID-19.

"Jika tiada keperluan untuk keluar, duduklah di rumah melainkan perlu pergi bekerja atau keluar membeli barang keperluan yang hanya dibenarkan dua orang sahaja untuk satu kenderaan," katanya.

Sebanyak 35 lokaliti termasuk taman perumahan di Zon Nilai terbabit dalam pelaksanaan PKPB bermula tengah malam tadi, manakala Putra Point terbabit dengan PKPD bermula tengah malam tadi hingga 10 November ini.

Pihak berkuasa berkawal ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Putra Point bermula malam tadi. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin
Pihak berkuasa berkawal ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Putra Point bermula malam tadi. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin
Berita Harian X