Sabtu, 13 Jun 2020 | 3:02pm
OPERASI kaunter LHDN untuk semua jenis perkhidmatan di Kuala Lumpur dari Isnin hingga Jumaat bermula dari 8 pagi hingga 4.30 petang. - Foto hiasan NSTP/MAHZIR MAT ISA
OPERASI kaunter LHDN untuk semua jenis perkhidmatan di Kuala Lumpur dari Isnin hingga Jumaat bermula dari 8 pagi hingga 4.30 petang. - Foto hiasan NSTP/MAHZIR MAT ISA

Operasi kaunter LHDN di KL hingga 4.30 petang

PUTRAJAYA: Waktu operasi kaunter pusat bayaran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk semua jenis perkhidmatan di Kuala Lumpur bagi urusan secara tunai dan selain tunai dari Isnin hingga Jumaat bermula dari 8 pagi hingga 4.30 petang.

Menurut kenyataan LHDN hari ini, bagi pusat bayaran di Kuching dan Kota Kinabalu pula, urusan bayaran secara tunai bermula 8 pagi hingga 3.30 petang dari Isnin hingga Jumaat, manakala bayaran selain tunai dari 8 pagi hingga 4.30 petang.

Orang ramai boleh melayari portal rasmi LHDN di www.hasil.gov.my untuk mendapat maklumat lanjut.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh dimajukan melalui Hasil Care Line (HCL) di 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) dan HASiL Live Chat.

LHDN juga boleh dihubungi melalui borang maklum balas di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/, dan platform media sosial rasmi LHDN di Facebook serta Twitter.

– BERNAMA

Berita Harian X