Sabtu, 21 March 2020 | 2:21pm
Gambar fail, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Mohd Yusop Husin berucap pada program Konvensyen Rahmah Negeri Perak Darul Ridzuan di Dewan Saidina Abu Bakar, Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM). - Foto Balqis Jazimah Zahari

Tiada akad nikah di Perak sepanjang PKP

IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) mengarahkan kesemua majlis akad nikah di negeri ini ditangguhkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa hari ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin, berkata arahan selari dengan perintah bagi membendung penularan wabak berkenaan.

“Dukacita dimaklumkan bahawa semua Majlis Akad Nikah sepanjang Tempoh Kawalan COVID-19 hendaklah ditangguhkan berkuatkuasa serta merta sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Yusop berkata, kesemua Pegawai Tadbir Agama (PTA) dipohon memberi kerjasama untuk mengambil maklum arahan berkenaan dan tindakan selanjutnya mengikut daerah masing-masing

“Dipohon semua PTA untuk memaklumkan kepada Jurunikah di bawah kawalan tuan-tuan PTA sekalian,” katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X