Jumaat, 10 Mei 2019 | 6:20pm

Affin Bank sampaikan juadah berbuka

KUALA LUMPUR: Affin Bank Berhad meraikan kakitangan editorial The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dengan mengagihkan pek makanan juadah berbuka puasa hari ini.

Sumbangan disampaikan Ketua Komunikasi Korporat Affin Bank, Raja Emylia Raja Lope Ahmad.

Hadir menerima sumbangan itu Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid; Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Rashid Yusof; Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Pengarang Berita Kanan (Am) Harian Metro, Yusri Abdul Malek, dan Pengarang Eksekutif (Berita dan Digital) Harian Metro, Noorsham Md Salleh.

Raja Emylia (empat kiri) bersama dari kiri, Yusri, Rashid, Khaidir, Noorsham dan Ahmad Zaini di Balai Berita Bangsar. - Foto Nurul Shafina Jemenon
Raja Emylia (empat kiri) bersama dari kiri, Yusri, Rashid, Khaidir, Noorsham dan Ahmad Zaini di Balai Berita Bangsar. - Foto Nurul Shafina Jemenon
Ketua Komunikasi Korporat Affin Bank, Raja Emylia Raja Lope Ahmad (dua kiri) mengedarkan pek makanan untuk berbuka puasa kepada kakitangan NSTP di Balai Berita Bangsar. - Foto Nurul Shafina Jemenon
Ketua Komunikasi Korporat Affin Bank, Raja Emylia Raja Lope Ahmad (dua kiri) mengedarkan pek makanan untuk berbuka puasa kepada kakitangan NSTP di Balai Berita Bangsar. - Foto Nurul Shafina Jemenon
Berita Harian X