Selasa, 29 Mei 2018 | 9:30am
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Malaysia, Singapura dan Brunei, Gareth McGeown beramah mesra dan menyampaikan duit raya kepada sebahagian 170 kanak-kanak kurang berkemampuan dan pelarian dalam program 'Fast2Feed' di pekarangan Mydin Mall Kubang Kerian. - Foto Zaman Huri Isa

Fast2Feed ceriakan kanak-kanak di Kota Bharu

KOTA BHARU: Keceriaan jelas terpancar di wajah 170 kanak-kanak kurang berkemampuan di sini yang diraikan pengeluar minuman terkemuka dunia, Coca-Cola, dalam program 'Fast2Feed' di sini, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Malaysia, Singapura dan Brunei, Gareth McGeown, berkata Coca-Cola Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Yayasan Kemanusiaan dan beberapa rakan kongsi lain menganjurkan program itu untuk membantu meringankan beban mereka.

Katanya, program yang dilaksana sejak 2010 itu adalah aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) tahunan syarikat.

"Sepanjang Ramadan ini kami sasarkan 5,000 golongan kurang bernasib baik di Semenanjung Malaysia akan terbabit dalam program. Setakat ini 2,000 kanak-kanak menerima bantuan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Malaysia, Singapura dan Brunei, Gareth McGeown beramah mesra dan menyampaikan duit raya kepada sebahagian 170 kanak-kanak kurang berkemampuan dan pelarian dalam program 'Fast2Feed' di pekarangan Mydin Mall Kubang Kerian. - Foto Zaman Huri Isa
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Malaysia, Singapura dan Brunei, Gareth McGeown beramah mesra dan menyampaikan duit raya kepada sebahagian 170 kanak-kanak kurang berkemampuan dan pelarian dalam program 'Fast2Feed' di pekarangan Mydin Mall Kubang Kerian. - Foto Zaman Huri Isa

"Menerusi program ini setiap kanak-kanak terpilih akan menerima pakaian baharu, duit raya, keperluan asas dan berbuka puasa.

"Mydin bertindak sebagai penaja dan turut menyumbang sebahagian persiapan kelengkapan hari raya kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik," katanya ketika ditemui di pekarangan Mydin Kubang Kerian, di sini, malam tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Malaysia, Singapura dan Brunei, Gareth McGeown beramah mesra dan menyampaikan duit raya kepada sebahagian 170 kanak-kanak kurang berkemampuan dan pelarian dalam program 'Fast2Feed' di pekarangan Mydin Mall Kubang Kerian. - Foto Zaman Huri Isa
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pelaburan Pembotolan Malaysia, Singapura dan Brunei, Gareth McGeown beramah mesra dan menyampaikan duit raya kepada sebahagian 170 kanak-kanak kurang berkemampuan dan pelarian dalam program 'Fast2Feed' di pekarangan Mydin Mall Kubang Kerian. - Foto Zaman Huri Isa

Hadir sama, Pengarah Hal Ehwal Awam dan Komunikasi Coca Cola Malaysia, Mohamed Kadri Mohamed Taib; Pengerusi Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Habsah Marjuni; dan Pengurus Cawangan Mydin Kubang Kerian, Rozaliza Mat Nawi.

McGeown berkata sebanyak 24 lokasi dipilih di seluruh negara dan Kota Bharu adalah yang ke-10.

"Ini adalah kali kedua saya ke Kota Bharu selepas hadir buat kali pertama setahun lalu dan sambutan yang diterima cukup menggalakkan," katanya.

Berita Harian X