Jumaat, 2 Februari 2018 | 7:31pm
DUTA Kumpulan The Store, Adibah Noor (dua kiri) dan Pengurus Besar Kanan Operasi Kumpulan The Store, Winky Pek (dua kanan) bergambar bersama pemenang hadiah utama Toyota Sienta, Yam Kah Kuen (tiga kiri) dan pemenang hadiah Bonanza Proton Ertiga, Mazlan Mamat (tiga kanan) di Mailis Cabutan Akhir dan penyampaian hadiah Peraduan Ulang Tahun Kumpulan The Store 2017 di Taiping Mall. - Foto L. Manimaran
DUTA Kumpulan The Store, Adibah Noor (dua kiri) dan Pengurus Besar Kanan Operasi Kumpulan The Store, Winky Pek (dua kanan) bergambar bersama pemenang hadiah utama Toyota Sienta, Yam Kah Kuen (tiga kiri) dan pemenang hadiah Bonanza Proton Ertiga, Mazlan Mamat (tiga kanan) di Mailis Cabutan Akhir dan penyampaian hadiah Peraduan Ulang Tahun Kumpulan The Store 2017 di Taiping Mall. - Foto L. Manimaran

Kontraktor bawa pulang Sienta, guru bawa pulang Ertiga

TAIPING: Seorang kontraktor tidak menyangka cubaan kali pertama menyertai cabutan bertuah melalui pembelian di rangkaian pasar raya The Store membolehkannya membawa pulang sebuah kereta Toyota Sienta 1.5G.

Yam Kah Yuen, 59, dari Sungai Petani, Kedah yang juga pelanggan setia The Store membawa pulang kereta berkenaan selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah utama cabutan 'Kemeriahan Ulang Tahun Ganjaran Menakjubkan' yang diadakan pada 18 Mei hingga 3 September tahun lalu.

"Saya sangat gembira dengan kemenangan ini dan akan terus menyokong The Store sepanjang hayat.

"Ini adalah kali pertama saya memenangi cabutan bertuah dan ia memang sesuatu yang tidak disangka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas diumumkan pemenang hadiah utama pada Majlis Cabutan Akhir dan Penyampaian Hadiah Peraduan 'Kemeriahan Ulang Tahun Ganjaran Menakjubkan' di ruang legar Pasar Raya Pacific Taiping Mall di sini hari ini.

Pemenang utama dipilih selepas kedua-dua pemenang memilih sampul angpau yang disediakan penganjur secara rawak dengan Kah Kuen yang berjaya menjawab soalan dikemukakan Duta Kumpulan The Store, Adibah Noor, diberikan peluang memilih sampul angpau rawak terlebih dahulu.

Hadiah kepada pemenang utama disampaikan Adibah manakala hadiah bagi pemenang bonanza disampaikan Pengurus Besar Kanan Operasi Kumpulan The Store, Winky Pek.

Yang hadir sama, Pengurus Besar Kumpulan The Store (Softline), Lim Kok Soon.

Sementara itu, guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya, Shah Alam, Mazlan Mamat, 45, diumumkan sebagai pemenang hadiah bonanza membawa pulang sebuah kereta Proton Ertiga 1.4 Executive AT.

Katanya, cubaan pertamanya dengan menghantar penyertaan peraduan selepas membeli barangan di The Store Shah Alam nyata berbaloi.

"Saya hanya mencuba menghantar penyertaan sekali sahaja selepas membeli barangan keperluan persekolahan anak-anak berjumlah kira-kira RM600 dan tidak menyangka dipilih sebagai antara pemenang bertuah yang akan membawa pulang kereta.

"Setakat ini saya merancang untuk menggunakan kenderaan ini kerana Toyota Innova yang saya gunakan kini juga sudah berusia hampir 10 tahun," katanya.

Kah Kuen dan Mazlan terpilih daripada sejuta penyertaan peraduan 'Kemeriahan Ulang Tahun Ganjaran Menakjubkan' majlis cabutan bertuah yang dilakukan Adibah Noor, di Taiping Mall di sini, pada 24 November tahun lalu.

Dalam pada itu, Winky berkata pelanggan setia The Store masih berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang ditawarkan melalui peraduan 'Riang Ria Perayaan Ganjaran Berganda' yang sedang berlangsung hingga 4 Mac depan.

Winky berkata, menerusi pembelian minimum RM50 dalam satu resit di mana-mana pasar raya The Store dan Pacific serta RM30 di cawangan pasar raya Milimewa, pelanggan berpeluang memenangi hadiah utama PERODUA Alza 1.5S AT, PERODUA Bezza 1.0G AT (kedua) dan PERODUA Axia 1.0G AT (ketiga).

Berita Harian X