Selasa, 30 Januari 2018 | 1:56pm
PENGARAH HPSF, Dr Selahuddeen Abdul Aziz (tiga dari kanan) merasmikan Lukisan Mural di Hadapan Bilik Penyelia Jururawat HPSF di Muar, hari ini. - Foto Adi Safri
PENGARAH HPSF, Dr Selahuddeen Abdul Aziz (tiga dari kanan) merasmikan Lukisan Mural di Hadapan Bilik Penyelia Jururawat HPSF di Muar, hari ini. - Foto Adi Safri
PENGARAH HPSF, Dr Selahuddeen Abdul Aziz melihat lukisan mural pada majlis perasmian Lukisan Mural di Hadapan Bilik Penyelia Jururawat HPSF di Muar, hari ini. - Foto Adi Safri
PENGARAH HPSF, Dr Selahuddeen Abdul Aziz melihat lukisan mural pada majlis perasmian Lukisan Mural di Hadapan Bilik Penyelia Jururawat HPSF di Muar, hari ini. - Foto Adi Safri

HPSF bangunkan kawasan lapang, terbiar jadi landskap

MUAR: Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) merancang membangunkan kawasan lapang dan terbiar di hospital itu menjadi tempat landskap, sekali gus berperanan sebagai lokasi terapi untuk pesakitnya.

Pengarah HPSF, Dr Selahuddeen Abdul Aziz, berkata projek landskap itu juga akan dihiasi lukisan mural yang bukan sahaja dapat menceriakan kawasan hospital, malah memberi ketenangan kepada pesakit kelak.

"Projek landskap ini akan menjadi halwa mata kepada pesakit dan mereka yang berkunjung ke hospital ini. Ia juga adalah terapi terbaik kepada pesakit yang menerima perkhidmatan kesihatan di HPSF kelak.

"Sebagai contoh, kita juga menghiasi landskap di tempat mengambil darah yang kadangkala mengambil tempoh agak lama. Landskap dan lukisan mural ini akan menimbulkan suasana lebih ceria dan menenteramkan pesakit, sekali gus tempoh menunggu itu dirasakan tidak begitu lama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Lukisan Mural di Hadapan Bilik Penyelia Jururawat HPSF di sini, hari ini.

Dr Selahudden berkata, lukisan mural terbabit adalah yang ketiga diwujudkan di HPSF dan dilaksanakan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta pihak persendirian.

"Kita berharap usaha sama ini dapat menceriakan HPSF dan pada masa sama, mewujudkan suasana sihat kepada semua warga kerja serta pesakit yang menerima perkhidmatan kesihatan di hospital ini," katanya.

Berita Harian X