Khamis, 24 November 2022 | 5:53pm
Shahidan bersama Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli (kiri). - Foto hiasan NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR
Shahidan bersama Pengerusi PN Perlis, Mohd Shukri Ramli (kiri). - Foto hiasan NSTP/LUQMAN HAKIM ZUBIR

Kerajaan pimpinan PH tidak kekal lama - Shahidan

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan diketuai Pakatan Harapan (PH) yang memilih bekerjasama dengan parti dengan jumlah kerusi yang sedikit tidak akan kekal lama.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkata Perikatan Nasional (PN) tiada dasar "No Anwar, No DAP," seperti UMNO tetapi PH tetap bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

"Apabila mereka memilih untuk bekerjasama dengan parti yang mempunyai jumlah kerusi yang sedikit, kerajaan ini tidak stabil dan tidak akan kekal lama," katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata merujuk kepada kenyataan daripada Istana Negara hari ini, Anwar perlu membuktikan beliau memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat bagi melayakkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

Menurut Muhyiddin, pada 20 November 2022, iaitu sehari selepas Pilihan Raya diadakan, presiden parti dititah mengemuka cadangan pembentukan kerajaan gabungan dan menamakan seorang perdana menteri yang mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, PN menghantar surat daripada PAS, Gabungan Parti Sarawak, Gabungan Rakyat Sabah dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat yang menyatakan persetujuan untuk membentuk kerajaan gabungan bersama PN.

"Turut dihantar ke Istana Negara ialah 114 Surat Akuan Ahli-Ahli Parlimen yang menyatakan kepercayaan tanpa syarat kepada saya untuk dilantik sebagai perdana menteri," katanya.

Muhyiddin ketika sidang media di kediamannya selepas pulang dari di Istana Negara. - Foto hiasan NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Muhyiddin ketika sidang media di kediamannya selepas pulang dari di Istana Negara. - Foto hiasan NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Berita Harian X