Ahad, 29 Mei 2022 | 4:19pm
Ahli PKR mengundi pemilihan parti. - Foto hiasan NSTP/MOHD ADAM ARININ
Ahli PKR mengundi pemilihan parti. - Foto hiasan NSTP/MOHD ADAM ARININ

Rafizi menang 13 cabang di Kelantan

KUALA LUMPUR: Pemilihan PKR bagi Negeri Kelantan menyaksikan bekas Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendahului bagi jawatan Timbalan Presiden.

Berdasarkan keputusan yang dikongsikan di laman rasmi keputusan pemilihan PKR, www.pemilihankeadilan2022.com, Rafizi menang di 13 daripada 14 cabang PKR di negeri itu.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu memperoleh 3,222 undi terkumpul mengatasi pencabarnya, yang juga Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yang memperoleh 2,132 undi.

Rafizi menang bergaya di Rantau Panjang dengan 267 undi, manakala Saifuddin hanya memperoleh sembilan undi.

Saifuddin menang di cabang Kubang Kerian dengan 53 undi, berbanding 40 undi yang diperoleh Rafizi.

Calon naib presiden yang mendahului Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Kah Lih, Datuk Seri Aminuddin Harun dan G Manivannan yang juga kumpulan Rafizi.

Berita Harian X