Sabtu, 12 March 2022 | 10:14pm
Mengikut undi tidak rasmi, Dr Maszlee Malek tewas di DUN Layang-Layang. Foto fail NSTP
Mengikut undi tidak rasmi, Dr Maszlee Malek tewas di DUN Layang-Layang. Foto fail NSTP

TIDAK RASMI: BN 'tumbangkan' Maszlee di Layang-Layang

JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) terus merekodkan prestasi cemerlang apabila mengekalkan cengkaman di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang.

Kiraan undi tidak rasmi menyaksikan BN yang mempertaruhkan Abd Mutalip Abd Rahim sebagai calon baharu di DUN berkenaan memperoleh majoriti lebih besar iaitu 3,016 undi, berbanding 364 undi ketika Pilihan Raya Umum Ke-14.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, ketika mengumumkan keputusan itu berkata calon BN berjaya menundukkan lawan yang juga seorang bekas menteri di DUN Layang-Layang.

"Dengan ini diumumkan, Dr Maszlee (Malik) sudah tumbang di Layang-Layang dan calon kita, Abd Mutalip menang di sana.

"Alhamdulillah, ini kemenangan keenam," katanya menerusi pengumuman di ibu pejabat UMNO, di sini, hari ini.

Mengikut kiraan tidak rasmi, Abd Mutalip mendapat 7,722 undi, mengetepikan Maszlee yang sekadar memperoleh 4,756 undi, selain dua lagi pesaing, Alagenthiran Krishnan daripada Perikatan Nasional (PN) dan Ahmad Shafiq Othaman (Parti Pejuang Tanahair) dengan masing-masing 1,297 undi serta 174 undi.

Berita Harian X