Sabtu, 12 March 2022 | 6:39pm
Calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Dr Maszlee Malik. Foto fail
Calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Dr Maszlee Malik. Foto fail

Maszlee dakwa 3 pusat mengundi ditutup awal

KUALA LUMPUR: Calon PKR di Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-Layang, Dr Maszlee Malik mendakwa tiga pusat mengundi di kawasan berkenaan ditutup lebih awal sebelum tamat masa mengundi.

Sehubungan itu, katanya, peguam parti itu sedang membuat laporan polis, selain akan membuat bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) susulan tindakan berkenaan.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan pusat pengundian yang ditutup lebih awal itu.

"Kejadian sama berlaku di tiga tempat mengundi dalam DUN Layang-Layang. Peguam kami sedang menyediakan report polis dan akan membuat bantahan.

"Minta calon dan wakil calon di tempat lain turut mengambil tindakan yang sama," kata bekas Menteri Pendidikan menerusi ciapan di Twitternya, hari ini.

Berita Harian X