Sabtu, 13 April 2019 | 5:55pm
PENYANYI Siti Nordiana melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, hari ini. - NSTP/Hasriyasyah Sabudin
PENYANYI Siti Nordiana melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, hari ini. - NSTP/Hasriyasyah Sabudin

PRK Rantau: Memori mengundi Siti Nordiana

SEREMBAN: Kesibukan dengan kerjaya sebagai artis terkenal bukan penghalang bagi Siti Nordiana Alias atau Nana melaksanakan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, hari ini.

Artis kelahiran FELDA Sendayan itu dilihat tiba di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sri Sendayan, di sini jam 4.53 petang tadi bersama ahli keluarganya.

Ketika ditemui pemberita, Nana turut meluahkan kelegaan kerana dapat melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pengundi DUN Rantau.

Terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, beliau awalnya agak khuatir jika tidak dapat memangkah kertas undi seperti dirancang.

Bukan sengaja melengahkan kepulangan dari ibu negara, sebaliknya beliau perlu menunggu anaknya yang perlu menghadiri kelas muzik pada jam 1 tengah hari sebelum pulang ke Rantau.

“Saya mula mengundi sejak berusia 21 tahun sebab orang tua memang menekankan kepentingan bagi kami menjadi pengundi.

“Mengundi ini kewajipan, tidak kiralah siapa pun kita asalkan rakyat Malaysia,” katanya.

Berita Harian X