Rabu, 19 Oktober 2022 | 9:54pm
Mohd Shahrizal dan Dr Azlinda bersama replika cek di Universiti Sains Malaysia.
Mohd Shahrizal dan Dr Azlinda bersama replika cek di Universiti Sains Malaysia.

YBR bantu pelajar B40

GEORGE TOWN: Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan RM300,000 bantuan pendidikan untuk 300 pelajar universiti di utara.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBR, Datuk Mohd Shahrizal Sahri, berkata mereka ialah pelajar keluarga B40 dari Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Katanya, setiap pelajar akan menerima RM1,000.

"YBR memperuntuk RM100,000 kepada pelajar USM dari keluarga berpendapatan rendah, iaitu pelajar baru hingga semester ketiga," katanya di sini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan cek replika kepada Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM, Prof Dr Azlinda Azman.

Hadir sama Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman.

Berita Harian X