Khamis, 13 Oktober 2022 | 12:56pm
SHARIFUDIN (empat dari kiri) berbual-bual dengan ibu bapa dan pelajar baharu di Nilai, hari ini. - Foto USIM
SHARIFUDIN (empat dari kiri) berbual-bual dengan ibu bapa dan pelajar baharu di Nilai, hari ini. - Foto USIM

Pelajar baharu USIM mendaftar

NILAI: Seramai 2,456 pelajar baharu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendaftar semalam dan hari ini.

Naib Canselor USIM, Prof Dr Sharifudin Md Shaarani, berkata ini membabitkan 1,686 orang pelajar wanita dan 770 pelajar lelaki.

"Semua pelajar sudah melengkapkan pendaftaran kemasukan ke universiti secara dalam talian mulai 7 hingga 11 Oktober lalu.

"Mereka kemudian akan menjalani program taaruf (suai-kenal) secara fizikal mulai hari ini sehingga Ahad ini," katanya di sini, hari ini.

Sharifudin berkata, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah menerima paling ramai pelajar.

Beliau berkata, semua pelajar ditempatkan di empat lokasi kolej kediaman di universiti berkenaan.

Berita Harian X