Khamis, 6 Oktober 2022 | 3:16pm
Sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Bank Rakyat dan Universiti Tenaga Nasional. Dari kiri Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani; Pengerusi YBR, Datuk Megat Zulkarnain Omardin; Pengerusi Tenaga Nasional Berhad merangkap Pengerusi UNITEN, Datuk Seri Hasan Arifin dan Naib Canselor UNITEN, Prof Ir Dr Noor Azuan Abu Osman.

Yayasan Bank Rakyat taja pelajar UNITEN

KUALA LUMPUR: Seramai 100 mahasiswa Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dari golongan B40 akan menerima bantuan awal pengajian sebanyak RM1,000 seorang.

Naib Canselornya, Prof Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, berkata bantuan itu sumbangan Yayasan Bank Rakyat (YBR) yang menyediakan dana RM100,000 untuk pelajar kurang mampu.

Selain itu, beliau berkata, YBR juga bersetuju menaja pelajar cemerlang UNITEN dalam program perakaunan dengan dana kira-kira RM1 juta bagi tempoh tiga tahun.

Mahasiswa UNITEN gembira terima tajaan YBR.
Mahasiswa UNITEN gembira terima tajaan YBR.

"YBR akan menaja tiga pelajar setahun, iaitu keseluruhannya sembilan pelajar untuk tempoh tiga tahun," katanya di sini.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara YBR dan UNITEN semalam.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dan Noor Azuan menandatangani MoU itu, manakala Pengerusi YBR, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, dan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad merangkap Pengerusi UNITEN, Datuk Seri Hasan Arifin menyaksikan majlis itu.

Majlis MoU ini ditandatangani oleh Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani (kiri sekali) dan Naib Canselor UNITEN, Prof Ir Dr Noor Azuan Abu Osman (kanan sekali) manakala Pengerusi YBR, Datuk Megat Zulkarnain Omardin (dua dari kiri) dan Pengerusi Tenaga Nasional Berhad merangkap Pengerusi UNITEN, Datuk Seri Hasan Arifin menyaksikan majlis itu (dua dari kanan).

Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, YBR sentiasa komited membantu pelajar yang kurang mampu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

"Saya berharap semua pelajar akan sentiasa memberikan yang terbaik dengan mengetepikan perkara yang tidak penting," katanya.

Berita Harian X