Selasa, 23 Ogos 2022 | 9:32pm
Pentadbir menerima penghargaan selepas mengadakan program peningkatan membantu guru mengajar dengan lebih baik. - Foto NSTP
Pentadbir menerima penghargaan selepas mengadakan program peningkatan membantu guru mengajar dengan lebih baik. - Foto NSTP

SK Lembah Subang terbaik di Petaling Jaya

PETALING JAYA: Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Utama mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Apresiasi Kurikulum, untuk menghargai guru atas usaha mereka memastikan kecemerlangan dalam semua aspek kurikulum dan kemenjadian murid.

Dalam majlis itu, Sekolah Kebangsaan Lembah Subang dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 8 Kota Damansara terpiliha sebagai pemenang keseluruhan anugerah.

SMK (Perempuan) Sri Aman pula memenangi anugerah khas sektor pembelajaran atas kejayaan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia 2021.

Anugerah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Selangor, Marpuaton Sastero.

Hadir sama Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan) PPD Petaling Utama, Azlina Husain dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran), Noorin Zakaria.

Noorin berkata, 28 sekolah menengah dan 55 sekolah rendah dalam PPD Petaling Utama yang mengadakan pelbagai inisiatif untuk membantu guru meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Katanya, pencapaian semua sekolah itu terlihat dalam penguasaan murid dalam beberapa mata pelajaran utama dan peperiksaan awam.

Guru yang meningkatkan kualiti pengajaran mendapat penghargaan daripada PPD Petaling Utama, hari ini. - Foto NSTP
Guru yang meningkatkan kualiti pengajaran mendapat penghargaan daripada PPD Petaling Utama, hari ini. - Foto NSTP

Berita Harian X