Selasa, 27 Julai 2021 | 9:01am

Tajam Minda

BH Pendidikan mempelawa murid dan pelajar menghantar karya tulisan sendiri yang belum pernah diterbitkan, berbentuk pantun (empat rangkap); sajak; cerpen (500-600 patah perkataan) atau lukisan kepada kami.

Sertakan bersama gambar ukuran pasport, butir peribadi termasuk nama kelas dan nama sekolah. Hantar kepada bhpendidikan@bh.com.my

Cerpen

Termakbulnya harapan ibu bapa

Hujan turun renyai-renyai di luar bilik Kassim sementara sanubarinya dirundung kesedihan. Teringat dia pada harapan ibunya, mengenai kelangsungan kebun durian yang diwarisi turun-temurun. Berkali-kali ibunya membangkitkan perkara itu untuk mengobarkan semangat perjuangan anaknya sebagai pewaris tunggal kebun Pak Saifudin, yang meninggalkan dunia semasa Kassim masih dalam kandungan.

Petang tadi, ibunya meninggal dunia dan urusan pengebumian baru selesai. Fikiran Kassim celaru dan tertekan dengan gangguan Cik Salmiah, penolong Ann yang mendesaknya menyerahkan tanah pusaka bapanya itu.

Sebut sahaja Ann, semua penduduk Langat tahu, seorang ahli aktif Persatuan Cinta Alam yang dipercayai menjalin hubungan dengan syarikat pemaju tanah gila wang dan mencuba sedaya upaya untuk meluaskan pengaruhnya.

Kassim berhadapan pelbagai cabaran apabila persatuan itu kerap mengambil langkah memaksakan dan agresif pada bulan lalu. Malah, mereka kerap menelefon dan berkunjung ke rumah.

Kassim akhirnya memutuskan dia perlu mencari bukti kaitan persatuan itu dengan syarikat pemaju tanah untuk membongkarkan kelakuan sebenar persatuan itu. Persatuan itu ibarat musang berbulu ayam yang menggunakan seribu satu strategi untuk 'melindungi alam sekitar' tetapi hakikatnya bertentangan dengan usaha murni ini. Benarlah kata orang, wang bukan segala-galanya tetapi segala-galanya memerlukan wang.

Benak Kassim dipenuhi pelbagai strategi tetapi akhirnya dia memutuskan untuk berpurapura menunjukkan keinginan menyerah tanah. Apabila Kassim setuju untuk bertemu, Cik Salmiah melonjak kegirangan. Terbayang senyuman manis yang terukir majikannya dan dia sendiri pula akan diberi bonus lumayan. Cik Salmiah cepat-cepat mengaturkan pertemuannya untuk membincangkan butiran penyerahan tanah.

Kassim bermula perbualan antara mereka dengan bertanyakan asal-usul penubuhan persatuan yang diwakili Cik Salmiah.

"Persatuan kami yang ditubuhkan pada tahun 2018 bertujuan untuk menjaga alam sekitar dan menggalakkan penggunaan tanah terancang," katanya. 'Kau menipu!' bisik hati kecil Kassim.

Kassim kemudian berkata dia mahu menyertai persatuan itu, Cik Salmiah teramat gembira apabila memikirkan dia dapat bekerja dengan Kassim kelak.

Kassim terus menanyakan motif sebenar persatuan itu. Pada mulanya, Cik Salmiah ragu ragu untuk membincangkan hal itu.

'Saya nak kerja di situ. Patutlah saya tahu. Saya pasti akan merahsiakan. kata Kassim cuba mempengaruhi Cik Salmiah yang sidikit waswas.

Terdorong oleh ketulusan Kassim, Cik Salmiah memberitahu Kassim segala-galanya mengenai persatuan itu. Rupa-rupanya, anak pengerusi persatuan, Kamarul seorang tahi judi yang telah menghabiskan wang bapanya.

Menurut Cik Salmiah, tujuan murni penubuhan persatuan berubah untuk mengumpulkan wang bagi membayar hutang Kamarul yang telah meminjam wang dengan Along. Tidak diketahui oleh Cik Salmiah bahawa setiap butiran katanya dirakam.

Pertemuan tersebut itu diakhiri apabila Kassim menerima panggilan telefon daripada kawan baiknya, Kumar. Dia meminta diri. Kassim ingin membuat laporan polis secepat mungkin untuk menggagalkan usaha persatuan yang gila wang itu.

Setelah menyerahkan rakaman kepada pihak polis, dia dijanjikan bahawa kes itu akan disiasat dalam masa yang terdekat.

Kebun durian milik keluarganya akhirnya juga dapat dipertahan olehnya. Makbulnya harapan ibu bapa yang ingin melihat kebun durian terus tumbuh subur! Syukur.

Oleh Ng Shin Yee
3 Aristotle
SMK Pusat Bnadar Puchong 1

Lukisan

Berita Harian X