Selasa, 20 Julai 2021 | 8:38am

Tajam Minda

Terima kasih guru

Waktu pagi mendung selalu
hujan renyai membasahi bumi
terima kasih para guru
kerana sudi ajarkan kami.

Pelangi muncul jarang sekali
kalau muncul berwarna-warni
jasamu guru besar sekali
tidak terbalas walau seinci.

Air sungai jernih sekali
sejuk terasa jari-jemari
tiada ternilai jasa diberi
tanpa mu guru siapalah kami.

Merah menjala si bunga raya
dipetik sekuntum buat ibunda
terima kasih guru semua
menjadikan muridmu orang berguna.

Ahlami Irfan Mohd Hisyam
6 Jade
SK Pandan Indah

Pergilah korona

Suatu masa dulu kita bersuka ria
sekarang kita menanggung derita
sabar dahulu ini cuma sekejap saja
akan datang kita akan ceria semula

Tahun lepas kita sangka kita berjaya
silap sedikit habis semuanya
tetapi tidak mengapa
yang penting kita jaga kita.

Hampir setahun kita tidak bersua
ini kerana SOP negara
ayah bonda tidak pernah dilupa
doa anakmu sentiasa bersama

Korona ini tidak tahu sampai bila
nampak macam meningkat saja
rindu kawan rindu semua
PdPR kita bermula semula

Kiirrthan Ebinezar A/L Selvakumar
4 Barathi
SJK (Tamil) FES,
Serdang

Kreatif Nursumayyah

Nur Sumayyah Mohammad Anwar Al Amin
1 Ibn Jauzi
Sekolah Integrated Islamic,
Shah Alam

Hebahan

BH Pendidikan mempelawa murid dan pelajar menghantar karya tulisan sendiri yang belum pernah diterbitkan, berbentuk pantun (empat rangkap); sajak; cerpen (500-600 patah perkataan) atau lukisan kepada kami. Sertakan bersama gambar ukuran pasport, butir peribadi termasuk nama kelas dan nama sekolah. Hantar kepada bhpendidikan@bh.com.my

Berita Harian X