Isnin, 19 Julai 2021 | 10:02am

Sedia hadapi masa depan dengan Taylor's Future Movement 2021

Pandemik menyaksikan perubahan besar berlaku dalam sistem pendidikan berikutan penutupan sesi persekolahan dan institusi pengajian tinggi.

Situasi ini bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan memberi impak terhadap kesejahteraan ekonomi pelajar sepanjang hidup.

Menurut laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (​UNICEF), penutupan sekolah berpanjangan dijangka boleh memberi kesan pembentukan generasi masa depan.

Malah, norma baharu ini juga dijangka mengubah sebahagian besar corak pekerjaan pada masa hadapan kerana peralihan landskap pasaran buruh di serata dunia termasuk Malaysia.

Ini sekali gus akan menyukarkan generasi mendatang mencari pekerjaan yang sesuai kerana ketinggalan jauh dalam pembelajaran terutama pelajar miskin.

Justeru, pusat pengajian tinggi awam dan swasta haruslah memainkan peranan penting dalam melengkapkan graduan dengan pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian tuntutan pasaran buruh kelak.

Persoalannya bagaimanakah sistem pendidikan secara dalam talian boleh menjamin masa hadapan pelajar berdepan pandemik ini?

Peka dengan situasi semasa, Universiti Taylor's mencipta kelainan dengan menganjurkan acara tahunan mereka, Taylor's Future Movement 2021 (TFM) secara maya.

TFM bimbing belia ke arah masa depan cerah

TFM adalah salah satu platform yang dianjurkan oleh Universiti Taylor's setiap tahun dengan mengumpulkan golongan belia dan profesional untuk berbincang, bertukar pendapat dalam segala aspek.

Memasuki tahun keempat, program ini mengatur pelbagai sesi interaktif dan berwawasan berdasarkan tiga tonggak utama iaitu Discover, Direction dan Community.

Dalam program ini, belia akan dibimbing dengan idea keusahawanan secara percuma selama lapan minggu di mana mereka berpeluang mendengar perkongsian hebat dari golongan profesional.

Sinergi ini dilihat mampu membantu golongan belia menerima input berguna dalam bidang berkaitan lebih awal serta membina kemahiran mereka sebelum memasuki alam pekerjaan dalam pasca wabak.

Dengan tema 'Promises of The Future', TFM akan menawarkan pelbagai program interaktif dan aktiviti pengisian yang hebat sehingga ke sesi "Ask Me Anything" bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang ditawarkan oleh Taylor.

Penampilan personaliti hebat

ImageLebih menarik, terdapat ramai personaliti hebat yang akan hadir ke acara TFM ini untuk berkongsi pengalaman serta ilmu yang bermanfaat buat golongan belia.

Antara yang akan menyertai program ini adalah penyanyi terkenal antarabangsa, Yuna.

Beliau akan berkongsi pengalamannya di universiti dan bagaimana beliau melebarkan sayapnya dalam bidang muzik pada 24 julai 2021.

Jika anda seorang peminat sukan skuash, pasti mengenali Datuk Nicol David yang pernah menjadi juara dunia sebanyak lapan kali.

Ikuti perkongsian hebat bagaimana beliau menjadi pemain wanita terhebat sepanjang masa pada 7 Ogos 2021 ini.

Aktivis dan penulis, Datin Paduka Marina Mahathir juga akan hadir membincangkan mengenai masa depan kepemimpinan pada 8 Ogos 2021.

Selain mendengar perkongsian dan kisah inspirasi dari usahawan tempatan, pelajar juga boleh menyertai bengkel Taylor's MicroCreds Taster dan teroka topik menarik merangkumi pelbagai bidang seperti 'Big Data Technologies', Menu Design & Development dan banyak lagi.

Acara ini bukan sahaja memberi peluang belia meneroka kerjaya masa hadapan, namun dapat membentuk belia positif menghadapi masa mencabar akan datang.

Jangan lupa untuk sertai Taylor's Future Movement secara percuma serta menjadi sebahagian dari komuniti Taylor's dan bersama Taylorians menerusi Instagram Live.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Taylor's Future Movements dan segala aktiviti yang akan diadakan, sila layari https://bit.ly/3jAP6kG

Berita Harian X