Selasa, 13 Julai 2021 | 8:57am
- Gambar hiasan
- Gambar hiasan

Kuasai sifir, jantung Matematik

Apabila proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) terjejas akibat COVID-19, antara yang membangkitkan kebimbangan adalah penguasaan sifir dalam kalangan murid.

Hal ini disebabkan sifir ibarat jantung dalam Matematik di peringkat sekolah

rendah. Jika ia gagal dikuasai sebaiknya, dibimbangi murid akan berasa fobia dan trauma untuk memahami subjek berkenaan.

Dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), sudah digariskan penguasaan

kemahiran asas sifir harus bermula pada Tahun Dua kerana aplikasi fakta asas kira darab dan bahagi ini juga amat penting dalam menyelesaikan masalah lain dalam Matematik seperti tajuk pecahan, perpuluhan, wang, masa dan waktu, sukatan dan geometri, perkaitan dan algebra serta statistik juga kebarangkalian.

Jika asas sifar ini tidak dikuasai ia dibimbangi menjejaskan penguasaan kemahiran Matematik pada peringkat yang lebih tinggi selain murid akan rasa fobia terhadap subjek itu.

Dalam hal ini, ibu bapa boleh membantu meningkatkan peranan memantapkan penguasaan sifir anak. Antaranya;

1. Terdapat pelbagai jenis platform pembelajaran digital dan buku-buku mengenai kaedah penguasaan sifir yang mudah. Antaranya dalam laman sosial seperti Youtube, terdapat pelbagai cara dan strategi penguasaan sifir boleh dipelajari murid. Ibu bapa hanya memerlukan memantau dan mendorong anak untuk menguasai sifir.

2. Kerjasama guru dan ibu bapa juga penting dalam menyokong penguasaan sifir anak. Ibu bapa boleh dapatkan nasihat dan cadangan guru mengenai perkembangan dan status penguasaan sifir anak untuk dijadikan panduan dalam memantapkan lagi kemahiran murid.

3. Ibu bapa juga haruslah menunjukkan minat untuk membantu anak dalam penguasaan sifir supaya kegelisahan dan ketakutan terhadap Matematik dapat diatasi. Sediakan ruang dan masa yang bersesuaian selain berikan kata-kata pujian apabila mereka berjaya menguasainya. Perhatian dan galakan ibu bapa seperti ini mampu meningkatkan perkembangan pembelajaran bukan sahaja dalam Matematik, sebaliknya dalam mata pelajaran yang lain juga.

4. Satu lagi kaedah adalah dengan bermain. Mungkin ramai yang tidak melihat hubungan bermain dan kanak-kanak. Namun, dalam pendidikan Matematik, permainan juga boleh mewujudkan satu suasana yang selesa dan menyeronokkan untuk belajar menguasai sifir berbanding kaedah tradisional. Misalnya, petak sifir sesuai digunakan di dalam bilik darjah dan dapat membantu murid menguasai sifir.

Congkak membantu murid lebih memahami sifir.
Congkak membantu murid lebih memahami sifir.

5. Permainan tradisional juga boleh dijadikan kaedah pengajaran Matematik. Misalnya, murid boleh mengaitkan sifir tujuh dengan permainan congkak kerana pada permulaan permainan ini setiap lubang congkak diisi dengan tujuh biji guli. Guru juga boleh menunjukkan contoh konsep pendaraban untuk sifir yang lain dengan menggunakan congkak sebagai bahan bantu mengajar untuk menarik minat murid. Hal ini kerana congkak memiliki lubang yang sama besar serta boleh dijadikan sebagai bilangan kumpulan dan guli sebagai bilangan objek yang perlu diletakkan sama banyak pada setiap kumpulan.

Justeru, fakta asas darab secara kaedah kumpulan yang sama dan penambahan berulang secara tidak langsung

Tips mudah untuk kuasai sifir

  • Faham mengenai fakta asas, darab adalah penambahan berulang.
  • Kerap buat petak sifir secara penambahan berulang.
  • Belajar pelbagai teknik sifir. (contohnya sifir sembilan menggunakan jari)
  • Mulakan menghafal sifir dua, tiga, empat, lima dan 10 terlebih dahulu.
  • Kemudian diikuti dengan sifir enam, tujuh, lapan dan sembilan.
  • Tulis sifir dengan saiz angka yang besar dan tampal pada tempat yang senang dilihat.
  • Banyakkan latih tubi darab.

    Bersoal jawab soalan darab secara rawak bersama rakan atau ibu bapa.

  • Berita Harian X