Jumaat, 2 Oktober 2020 | 5:04pm
UTP dilengkapi pelbagai kemudahan dan fasiliti tercanggih untuk mempersiapkan pelajar sebelum memasuki dunia sebenar. - FOTO Universiti Teknologi PETRONAS
UTP dilengkapi pelbagai kemudahan dan fasiliti tercanggih untuk mempersiapkan pelajar sebelum memasuki dunia sebenar. - FOTO Universiti Teknologi PETRONAS

UTP penuhi permintaan industri global

TAHUN 2020 adalah detik mencabar buat Malaysia apabila pandemik COVID19 yang melanda negara ini sejak Mac lalu menghentikan segala-galanya.

Namun, kehebatan medium digital dan teknologi maklumat dilihat mampu menggerakkan dunia membuatkan kita terpaksa bergantung kepadanya untuk meneruskan kehidupan serta membangunkan semula industri tradisional secara tidak langsung.

Semua itu mampu dicapai dengan bantuan sains komputer dan teknologi maklumat, seterusnya memperbaharui ekonomi dunia bagi memberi persediaan sebelum berdepan cabaran lebih besar kelak.

Bagaimanapun, sejauh manakah kehebatan teknologi itu sehingga mampu menghidupkan masa depan dan apakah persediaan kita dalam berdepan penggabungan sistem maklumat dan teknologi Industri 4.0 sebelum kemunculan generasi penganalisis perniagaan baharu?

Makmal dan kemudahan tercanggih

Ketua Jabatan Komputer dan Sains Maklumat Universiti Teknologi PETRONAS (UTP), Dr Aliza Sarlan. - FOTO Universiti Teknologi PETRONAS

Ketua Jabatan Komputer dan Sains Maklumat Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) Dr Aliza Sarlan, bekata program Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat, Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di UTP mampu melahirkan penganalisis perniagaan, saintis data dan pakar keselamatan siber untuk memenuhi permintaan daripada industri global pada masa depan. 

Katanya, UTP percaya insfrastruktur fizikal, jarak dan lokasi tidak lagi penting. Ini akan menjadi perubahan besar yang membolehkan perniagaan beroperasi secara automatik dari mana sahaja dan pada bila-bila masa.

"Di UTP, kami mempunyai makmal penyelidikan dan pembangunan tercanggih dan kemudahan seperti CERDAS, makmal komunikasi data dan rangkaian HUAWEI, Pusat Pengkomputeran Berprestasi Tinggi (HPCC), makmal realiti maya dan kursus pengkhususan yang memenuhi keperluan industri seperti Keselamatan Siber, Analisis Data, Sistem Perusahaan dan Kualiti Perisian bagi mempersiapkan pelajar sebelum melangkah ke dunia pekerjaan," katanya.

Lahir usahawan teknopreneur berjaya

"UTP juga memupuk kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajarnya melalui Technopreneurship Team Project (TTP). Melalui projek ini, mereka dikumpulkan dalam satu pasukan dan akan bekerjasama dengan rakan-rakan industri UTP yang berpengalaman.

"Dengan kerjasama ini, pelajar dapat memperolehi pengetahuan secara langsung dari industri serta menyelesaikan masalah teknologi menggunakan input industri yang sebenar," katanya. 

Melalui program TTP ini, ia telah melahirkan teknoprenuer berjaya dalam kalangan alumni UTP. Sebagai contoh, Hezri Amir adalah pengasas dua syarikat teknologi yang berkembang pesat, Hezmedia Sdn Bhd and Nexasoft.

Begitu juga dengan pengasas syarikat Advance Binary Networks, Afdzal Nazri dan Creativeminds, Muhammad Shafiq Sharul Amar.

Pada dasarnya, semua sektor baharu yang didorong oleh teknologi ini akan menjadi pemacu utama teknologi baharu yang akan digunakan dengan cara baharu bagi mengatasi cabaran ekonomi, kehidupan dan pekerjaan masa depan.

Bagaimanapun, banyak industri kini masih belum mencapai kematangan teknologi dalam bidang seperti 'Internet of Things' (IoT), 'cloud computing', data besar, analisis perniagaan, dan kecerdasan digital serta buatan.

Atasi cabaran ekonomi

Teknologi ini adalah beberapa contoh terbaik sebagai langkah persediaan pada masa sekarang dan masa depan.

Pada masa hadapan, pelbagai peluang teknologi secara maya, digital dan automasi akan terbuka luas bagi membantu industri supaya terus mengikuti kemajuan teknologi yang lebih luas.

Oleh kerana hal-hal yang seperti ini sering terjadi, ia memerlukan bakat muda yang bercita-cita tinggi bagi membantu industri memacu pertumbuhannya.

Program pengajian UTP sentiasa memenuhi keperluan industri daripada syarikat terkemuka tempatan dan multinasional bagi memastikan pelajar mendapat pendedahan sebaiknya mengenai trend dan perkembangan terkini industri.

Dengan jaringan kolaborasi yang luas, ramai pelajarnya menjalani industri tujuh bulan latihan mereka di luar negara seperti di Mitsubishi Fuso Japan, Hitachi Japan, TableCheck Inc Japan, EDI GmbH Germany dan Kisters AG Germany.

Sinonim dengan kejayaan melahirkan graduan terbaik dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi, UTP sehingga ke hari ini, terus menerima permintaan bagi memenuhi keperluan industri, terutamanya dalam bidang sains komputer, teknologi dan sistem maklumat seperti dari PETRONAS, Schlumberger, KPMG, Baker Hughes, Accenture, Intel, MIMOS, Halliburton, Deloitte, BP dan lain-lain.

Justeru, rebutlah peluang untuk mengikuti program sains komputer, teknologi dan sistem maklumat di UTP.

Maklumat lanjut mengenai program pengajian yang ditawarkan di UTP, sila layari https://admission.utp.edu.my/ atau terus berhubung dan dapatkan lebih informasi mengenai UTP di GetConnected2UTP.

Peluang terbuka luas

Usahawan teknologi, Abdul Qayyum Halid yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat di UTP, berkata terdapat banyak peluang untuk meningkatkan sektor sosial dan perniagaan.

"Aplikasi mencari kerja yang saya hasilkan membantu meningkatkan ekonomi sesuatu tempat dengan memadankan pekerjaan dengan orang yang mencari pekerjaan.  Kini ia bernilai RM1 juta dan mampu membantu mereka yang berada di kawasan pedalaman," katanya.

Sementara itu, penganalisis sistem perniagaan, Yeong Yoon Chow yang juga graduan Ijazah Sarjana Sistem Maklumat dan Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat UTP berkata kebiasaan baharu ini membuka banyak peluang terutama untuk belia dan perniagaan digital.

"Sistem maklumat akan mengubah dunia untuk menjadi lebih baik dan selepas saya memasuki dunia pekerjaan, ia memberi pengalaman dan jaminan besar bahawa saya juga boleh menjadi agen perubahan," katanya.

Berita Harian X