KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak, Sabah dan Johor terus melonjak kepada seramai 5,377 orang daripada 1,618 keluarga berbanding 4,068 mangsa terdiri daripada 1,218 keluarga pagi tadi.
Menerusi portal InfoBencanaJKM, sebanyak 56 pusat pemindahan sementara dibuka bagi menempatkan mangsa setakat ini.
"Di Sarawak pusat pemindahan dibuka di Balairaya Kampung Opar, Dewan Dato Sri Ts Mohamamad Hamdan, Surau Nur Hidayah Kampung Batu Kitang Jaya, Dewan Kampung Mundai, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua Batu Kawa Dan Dewan Serbaguna Batu Kitang Jaya.
"Mangsa daripada Sarawak berjumlah 247 orangterdiri daripada 57 keluarga," katanya.
Kesemua pusat pemindahan itu masih lagi menunjukkan indikator hijau iaitu masih lagi belum mecapai 40 peratus kapasiti.
Sementara itu, di Sabah pula dua pusat pemindahan dibuka iaitu di Dewan Komuniti Kota Marudu dan Dewan Mini Kampung Simpang Entilibon membabitkan 464 mangsa daripada 167 keluarga.
Simpang Petronas Kota Kecil.
Kredit: Page Orang Kota Tinggi pic.twitter.com/tOj0zvkMga— Bencana2023 (@bencanamalaysia) March 1, 2023
Dewan Komuniti Kota Marudu menunjukkan indikator kuning iaitu kapisiti tempat pemindahan sudah mencapai lebih daripada 40 peratus, manakala Dewan Mini Kampung Simpang Entilibon mnunjukkan indikator merah iaitu kapasiti pusat pemindahan sudah melebih 80 peratus.
Johor pula mencatatkan sebanyak 4,666 mangsa yang membabitkan 1394 keluarga dan sudah ditempatkan di 48 pusat pemindahan.
Bagaimanapun, sebanyak empat kawasan iaitu Dewan Kampung Sungai Gatom, Labis, Balairaya Kampung Orang Asli Segamat Kecil, Balairaya Kampung Bentong Dalam Kluang dan Sekolah Kebangsaan Batu 3 sudah mencapai kapasiti melebihi 80 peratus.